Jumaat, 18 Januari 2013

Ubat Sangka Baik

Sebaik sahaja pintu klinik dibuka, seorang jejaka tampan bertubuh tegap meluru masuk ke meja pendaftaran. Kebetulan doktor yang memiliki klinik, baru sahaja tiba beberapa minit sebelum jejaka tersebut. Menggeliat-geliat doktor separuh usia itu sebelum duduk di kerusinya. Maklumlah memandu dalam suasana sesak sesiapa pun boleh jadi rimas.

Melihat fail jejaka yang menjadi pelawat pertama kiliniknya pagi itu, sang doktor terus meminta pembantunya memanggil masuk jejaka yang datang untuk temu janji dan rawatan susulan.

"Assalamua'laikum doktor," kata jejaka itu sebaik pintu dibuka.
 
 
 

"Waalaikumussalam w.r.t. Wah! Ceria, sihat, cergas dan yang sewaktu dengannya saya lihat awak pagi ini," doktor itu memang terkenal dengan sikap bersahaja dan berselorohnya.

"Alhamdulillah doktor, ubat-ubat yang doktor berikan semuanya berkesan. Benar-benar membantu saya," jejaka tersebut melaporkan perkembangannya.

"Awak makan semua ubat yang saya berikan ikut jadual?" tanya doktor seperti lazimnya.

"Ya.", jawab pemuda itu.

"Dari jumlah ubat yang saya berikan hari itu, awak rasa ubat yang mana satu paling berkesan?" doktor berpengalaman itu cuba mendapatkan laporan seakan-akan testimoni.

"Ubat yang berlabel SB, yang perlu diambil sekurang-kurangnya dua kali, sebelum tidur dan sebaik sahaja bangun tidur. Yang doktor kata boleh diambil sebanyak mana dosnya pun, tidak mudharat. Jadi saya pun ambilnya banyak kali setiap kali saya mula rasa ada tanda-tanda serangan, Alhamdulillah, ia mujarab doktor," jejaka tampan itu bercerita dengan cerianya.

"Baguslah, kalau begitu saya kekalkan ubat berlabel SB ini dan ubat-ubat yang lain tidak perlu lagi diambil. Saya kira awak dah benar-benar sihat sekarang, kekalkan gaya hidup sekarang dan teruskan mengambil SB," kata doktor.

"Terima kasih doktor," kata jejaka itu sambil mengucapkan salam dan berlalu ke pintu.

"Sebentar," tiba-tiba doktor memanggil jejaka tersebut. 

"Awak tahu apa itu SB dan juga ramuan utamanya?" tanya doktor menguji sang jejaka.

"Ya doktor. SB maknanya sangka baik, ramuan utamanya percaya kepada qadha' dan qadar ALlah, zikir dan doa," lancar sekali jawapan jejaka tampan itu setiap kali menjawab pertanyaan doktor.

"Kalau begitu saya sahkan kamu memang sudah benar-benar sembuh, tahniah," doktor mengangkat ibu jari tangannya ke arah jejaka tersebut.
Bersangka baik, kunci sesuatu ikatan..
Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham terhadap kita,
kerana Allah faham isi hati kita..
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,
kerana tiada hakim sebaik Allah..
 
muntahpelangiblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...