Negeri Melayu Beraja di Malaysia mempunyai Istana-Istana yang unik dan
menarik.Ianya menjadi tempat bersemayam(tempat tinggal)atau tempat
perhinggapan (persinggahan) Raja-raja semasa melawat daerah dan jajahan
takluknya.

Sebagai contohnya di Kedah : Tuanku Sultanah bersemayam di Istana Seri Pelangi. Tuanku Sultan akan bergilir-gilir sama ada di Istana Anak Bukit @ Istana Seri Pelangi. Istana Kuala Chegar dijadikan istana tetamu diraja.
Perak : Sultan & Permaisuri Perak bersemayam di Istana Kinta, Ipoh.
Terengganu : Sultan & Sultanah bersemayam di Istana Nur Nadhirah. Istana Maziah berfungsi untuk sambutan istiadat & majlis diraja.Istana Badariah pula dijadikan majlis sambutan tetamu diraja.
Selangor : Sultan bersemayam di Istana Mestika. Istana Bukit Kayangan pula dijadikan sambutan majlis-majlis tertentu.
Negeri Sembilan : Yang di-Pertuan Besar & Tunku Ampuan Besar bersemayam di Istana Hinggap, Seremban.
Berikut koleksi gambar Istana-Istana Utama di Malaysia:
Istana Negara (tempat bersemayam YDP Agong Malaysia)

Istana Negara lama (kini muzium)

Istana Melawati (Palace for YDP Agong in Putrajaya)

Istana Sultan Terengganu

Istana Darul Ehsan,Putrajaya (Sultan Selangor)

Istana Besar,Johor Bharu

Istana Arau,Perlis

Istana Abu Bakar,Pekan, Pahang

Istana Anak Bukit, Kedah

Istana Iskandariah,Kuala Kangsar, Perak

sumber: http://www.skyscrapercity.com/billyinfo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan