JOM! Kita buat projek ais krim ala-ala ais krim cornetto atau drumstick... Best juga ni...
AIS KRIM DRUMSTICK
Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tidak mahu manis
1 sudu besar ovellete
1 biji telur
1 sudu teh serbuk vanila/ esen vanila
Cara-caranya:
Balutkan kon ais krim dengan kertas bungkus nasi lemak yang dipotong 4
bahagian. (bahagian yang licin diletak sebelah dalam ye..)
Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
Pukul guna speed maksimum selama 20 minit. Ha... sekarang adunan sudah berbuih...
Di minit yang ke 20, adunan akan jadi seperti ais krim yang cair macam ni... Gebu kan?
Tuangkan ais krim ke dalam kon yang sudah dibalut tadi. Tuang adunan tu
hingga hampir penuh kelonsong tu. Tinggalkan sedikit ruang untuk coklat
ganache nanti.
Masukkan ke dalam peti ais hingga ais krim beku.
Bila ais krim dah beku, kita buat coklat ganache nya.
Cairkan coklat masakan + sedikit susu UHT / UHT whipping cream/ susu
cair secara double boiling ( didihkan sedikit air kemudian masukkan
coklat masakan dan susu dalam bekas tahan panas lain, letak atas periuk
berisi air mendidih tadi, supaya coklat cair. Kacau hingga coklat cair
sekata.) Alihkan dari api, masukkan sesudu mentega cair dan kacau
sebati. Sejukkan sebentar.
Tuang coklat ganache tadi ke atas ais krim yang sudah beku dan bolehlah
dihias dgn taburan kacang tanah atau kacang badam yang telah disangai
ataupun coklat rice....
Masukkan ke dalam peti ais hingga coklat beku.
Inilah hasilnya... NYUM! NYUM!
resepicikguaniblogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan