Khamis, 26 Mac 2015


mee segera 
Siapa sangka, mee segera yang menyelerakan lagi tidak pernah bosan dan pernah menjadi makanan pilihan terakhir ketika anda ‘sengkek’ era student suatu ketika dulu adalah sebahagian penyumbang kepada penyakit-penyakit yang merbahaya hari ini.

Ya, mee segera atau lebih simbolik dengan panggilan maggi, diletak telur atau digoreng bersama tambahan kriuk-kriuk pasti membangkitkan selera anda pencinta maggi!

Mahupun begitu, kami memetik posting di sebuah blog informasi dan santai, ada menyenaraikan beberapa jenis penyakit yang berpunca dari pengambilan maggi. Ikuti sepenuhnya coretan penulis tersebut di bawah…
Istilah mee segera atau sinonim dengan panggilan maggi di Malaysia merupakan satu makanan alternatif terutamanya kepada golongan pelajar. Maklumlah, duit pinjaman PTPTN sudah digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan universiti, mana cukup mahu beli makanan yang berkhasiat.

Melalui sedikit research dan juga pembacaan, penulis kongsikan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan makanan ini.




1. Masalah Penghadaman

Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika anda masih pertikaikan mengenai perkara ini, anda boleh saksikan video di bawah nanti. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.

2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi

Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.
Mungkin antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.

Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan membentuk ketumbuhan di pundi kencing.
Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?

3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati


4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan

Anda pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan bahan bacaan tambahan pada sumber di bawah.

5. Tekanan Darah Tinggi

Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.
Maka ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit jantung.
Bukanlah penulis menghalang anda untuk makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan. Apa-apa pun, kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.

harianblogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...