Khamis, 5 Mac 2015

Resepi - Kudapan Sihat untuk Ibu Hamil

Kehamilan sering dijadikan alasan oleh ibu-ibu hamil untuk makan apa sahaja yang diingini  termasuklah makanan ringan atau ‘junk food’. Ibu-ibu hamil yang suka mengunyah kudapan boleh bertukar kepada kudapan yang lebih sihat dan bernutrisi untuk janin.  Seeloknya ibu hamil makan kudapan sihat ini sebanyak dua kali sehari untuk memenuhi keperluan harian. Apakah kudapan Sihat untuk ibu hamil ?

snek sihat ibu hamil

Ibu hamil dinasihatkan untuk elak makan makanan seperti berikut:




  • Terlalu manis, tinggi kalori dan tidak bernutrisi
  • terlalu masin terutama apabila anda berisiko mnegalami hipertensi atau kaki bengkak
  • Makanan yang banyak perisa tiruan
  • Makanan atau minuman beralkohol
Antara kudapan Sihat untuk Ibu hamil yang dicadangkan ialah:
Telur
Telur merupakan sumber vitamin D terbaik yang boleh membangunkan daya tahan tubuh yang berkurangan ketika hamil. Vitamin D juga membantu penyerapan kalsium. Jumlah yang disarankan ialan 1 biji sehari dan anda dcadangkan untuk merebus sahaja telur. Elakkan mengambil telur mentah kerana ia berisiko mengandungi bakteria salmonella.

Blackcurrants
remedii_naturiste_pentru_infectiile_tractului_urinar
Blackcurrants adalah antara kudapan sihat untuk ibu hamil yang kaya dengan vitamin C dan dapat membantu pertumbuhan kelenjar, tulang dan pembuluh darah janin.  Jumlah yang disarankan ialah 50mg sehari atau sekitar 1 sudu kecil. Boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus!

Keledek
Keledek kaya dengan Vitamin A yang baik untuk pertumbuhan sel-sel tubuh dan sistem imunisasi janin. Ia juga kaya dengan beta karoten yang akan diolah tubuh untuk menjadi vitamin A dan Retinol sebagai salah satu jenis vitamin B. jumlah yang disarankan ialah satu biji keledek bersaiz serdehana sehari. Boleh dipanggang atau direbus.

Kacang gajus
Selain sedap dan lembut kudapan sihat untuk ibu hamil ini kaya dengan protein. Ia diperlukan untuk menjana sel-sel janin. Zat besi untuk membantu pembentukan sel darah merah dan sel oto serta serat agar wanita hamil tidak mengalami sembelit. Jumlah yang dicadangkan kira-kira satu setengah sudu besar sehari.

Roti Bijirin penuh
Sekeping roti gandum mengandungi kira-kira 600 kalori. Roti bijirin penuh juga kaya dengan magnesium yang dapat membantu mengoptimumkan penyerapan kalsium bagi menambah kepadatan dan menguatkan struktur tulang janin.
 http://www.ummiadni.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...