Bahaya Cinta Sebelum Kahwin
- Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
- Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya.
- Hati akan terseksa dengan barah rindu.
- Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina dibawah jajahan syaitan.
- Cinta lalai akan menyebabkan ku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
- Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
- Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
- Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
- Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang pada kepada peribadi zuriat kami pastinya. Na'uzubillah!
[Petikan daripada buku Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul]
http://sebarkanbahagia.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan