Khamis, 12 Mac 2015

Resepi Udang Goreng Asam ala Nyonya

Udang Goreng Asam ala Nyonya
Saya mendapat inspirasi untuk mencuba Resepi Udang Goreng Asam ketika menontion Chef yang terkenal dengan masakan nyonya, iaitu Chef Florence Tan di dalam salah satu rancangan masakan nya di TV. Mula-mula tengok, rasa macam simple sangat resepi ni...tapi bila saya masak dan rasa sendiri.....fuhh..memang sangat sedap. Simple dan sangat sedap okay! Jom cuba. Pastikan udand bersaiz besar (sederhana besar pun okay) dan fresh.


 
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 500 g udang, saiz besar
  • sedikit garam
  • 1 biji bawang besar, potong bulat
  • daun bawang, untuk hiasan
  • cili merah, untuk hiasan
Bahan untuk perapan:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 sudu besar kicap manis
  • 1/2 cawan jus pekat asam jawa
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 ulas bawang putih, diparut halus
  • sedikit kicap cair, optional
  • sedikit lada sulah

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang dengan cara potong sedikit bahagian kepala yang berekor dan belah bahagian belakang untuk keluarkan kotoran bertali hitam. Jangan buang kulit udang.
  2. Gaulkan udang bersama garam dan kemudian tuang bahan perapan. Perap di dalam peti sejuk selama 1/2 jam hingga satu jam.
  3. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, dan masukkan udang bersama bahan perapan. Goreng dan teruskan mengacau sehingga udang masak dan kuah kering melekat serta menyaluti udang. 3 minit sebelum udang diangkat, masukkan bawang besar dan kacau sehingga layu.
  4. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  5. Hiaskan dengan taburan daun bawang dan cili merah. 
 http://iresipi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...