Selasa, 24 Mac 2015

Roti MAR-MAR Bercoklat


Bahan-bahannya:
100 gram susu cair (yang dipanaskan)
Sedikit ragi
200 gram tepung gandum
30 gram gula pasir halus
Garam secukup rasa
2 biji telur ayam
50 gram men¬tega tanpa garam yang dicairkan
4 sudu serbuk coklat pekat
100 gram gula halus
60 gram mentega tanpa garam yang dicairkan
75 gram coklat masakan yang dicairkan
25 gram coklat masakan yang dicairkan dituangkan ke dalam acuan berbentuk daun


 
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya


Ambil 1/3 bahagian susu cair yang telah dipanaskan. Masukkan ragi. Kacau sehingga berbuih. Masukkan tepung gandum (tinggalkan dalam 50 gram) dan kacau rata. Sisihkan ke tepi selama 15 minit.

Campurkan baki tepung dengan gula dan garam. Aduk rata adunan tersebut. Buat lubang di tengah adunan. Masukkan susu dan telur. Kacau rata. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan adun rata bahan tersebut.

Uli adunan hingga lembut. Tutup dengan plastik dan simpan selama 40 minit hingga adunan mengembang.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Setiap bahagian diuli dengan kayu penggiling. Taburkan dengan bahan is! dalam.

Gulung adunan dengan padat. Masukkan ke dalam loyang yang berlubang tengah berukuran 22 sentimeter yang sudah disapu dengan mentega dan tepung gandum.

Tutup dengan plastik dan biarkan selama 40 minit.

Kemudian buka plastik dan bakar selama 25 minit.

Angkat dan sejukkan. Siram dengan coklat yang telah dicairkan. Biarkan hingga coklat keras. Hiaskan dengan daun coklat. Potong kecil-kecil untuk disajikan.
 http://www.familiazam.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...