Jumaat, 27 Mac 2015

Anggota manusia yang suka buat maksiat

buat dosa 
7 anggota manusia suka dan seronok melakukan maksiat ;

Lidah
suka mengumpat,mencaci,memaki, marah-marah…

Telinga
suka dengar orang mengumpat, mendengar perkara melalaikan




Mata
suka tengok perkara haram, lelaki memandang wanita ajnabi tak tutup aurat

Tangan
suka buat zalim dan pukul orang, mencuri dan membuat perkara haram

Kaki
suka berjalan ke tempat melalaikan dan menghabiskan masa sia-sia

Perut
suka makanan dan minuman sedap tak kira halal haram

Kemaluan
suka berzina dan liwat
Ayuh saudara saudari,

Kita buat perubahan. Kita islah diri.

buat dosa
Ayuh tukarkan lidah menyebut benda baik, baca Quran dan berzikir…

Begitu juga telinga… mari mendengar hal-hal baik, kelas ilmu dan sebagainya

Tangan memberi sedekah, membantu orang lain.

Kaki… kita langkah ke tempat baik seperti masjid.

Mata pun kita guna untuk membaca perkara berguna

Perut hanya menelan benda-benda halal

Anggota kemaluan… cepat-cepat kahwin, cari yang yang halal

Kita ada pilihan. Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam dah tunjuk jalan.

So, tepuk dada, tanya la iman.
  • Mahu dosa atau pahala?
  • Mahu Allah murka atau Allah redha?
  • Mahu syurga atau neraka?
Pilihan di tangan anda!

Tulisan : Ustaz Mohamad Kamil
pakor how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...