The real ghostship!
Ni first time
aku tau pasal misteri kapal Ourang Medan ni. Bila sebut, aku rasa
sebenarnye nama kapal ni Orang Medan, maksudnye orang daripada Medan,
Indonesia. Tapi tak tau la masa tu zaman bila kan.
S.S Ourang
Medan merupakan sebuah kapal Belanda di mana telah dikenali atas
kejadian luar biasa terhadapnya sekitar Selat Melaka selepas perang
dunia kedua. Kejadian
luar biasa ini mungkin telah banyak dianggap sebagai suatu cerita
dongeng, tetapi, kejadian ini benar-benar telah berlaku di alam nyata.
Cerita misteri
berkaitan kapal ini bermula pada tahun 1947, di mana dua kapal Amerika
telah menerima sebuah panggilan kecemasan ketika sedang mengawasi
pengairan Selat Melaka (Malaysia). Pemanggil itu menyatakan bahawa
beliau adalah salah seorang krew kapal S.S Ourang Medan.
Potongan sebenar panggilan yang dibuat :
“All
officers including captain are dead lying in chartroom and bridge.”
read the message. “Possibly whole crew dead." This was followed by some
indecipherable Morse code chatter, probably more SOS signals, and then
one final grisly message... "I die." selepas itu, terus senyap.
Kedua-dua kapal
Amerika itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kapal S.S Ourang
Medan berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kerosakkan. Tetapi,
semua krew kapal dan kapten kapal ditemui mati dalam keadaan yang amat
mengerikan. Mereka mati dalam keadaan ekspresi muka yang sedang takut
dan ada diantara mereka yang menunjukkan jari mereka ke arah sesuatu
yang tidak ada di sana.
Gambar Hiasan
Sebelum
penyiasatan dapat diteruskan, kapal S.S Ourang Medan tiba-tiba dijilat
api secara misteri. Kajian terpaksa dihentikan. Kapal S.S Ourang Medan
dikatakan telah meletup dan karam.
Sehingga kini,
misteri kapal S.S ourang Medan masih lagi dibincangkan. Dan ada antara
pendapat yang mendakwa bahawa kapal ini telah diserang oleh UFO, Alien
dan kejadian misteri yang masih belum dapat dibongkar.
Berlaku kat
Selat Melaka plak tu. Mana la tau masa tu orang Melaka ni ade ilmu yang
mistik boleh menjadikan kapal tu macamtu, perghhh memang misteri ni.
Sumber : Unexplained Mystery
Tiada ulasan:
Catat Ulasan