Tabiat lama sukar ditinggalkan dan sebahagian daripadanya menyebabkan
anda terpaksa menanggung kos tinggi. Kita boleh berjimat-cermat tetapi
tabiat lama terlalu sukar untuk dibuang! Malangnya, itulah sifat
manusia. Artikel bertajuk "5 tabiat yang perlu anda elak" ini merupakan
satu peringatan kepada kita semua untuk mengurangkan tabiat yang menelan
kos tinggi daripada gaya hidup kita!
1. Membeli Ikut Nafsu
Adalah tidak elok untuk menambah barangan yang tidak penting ke dalam
troli ketika membeli-belah seperti coklat bar yang diimport, majalah,
malah mungkin barangan berjenama baru yang tidak pernah tersenarai dalam
senarai barangan runcit anda. Secara purata, pembeli cenderung untuk
berbelanja melebihi bajet runcit mereka, sebahagiannya disebabkan oleh
tabiat yang tidak disedari mengambil item tambahan tanpa berfikir
panjang. Strategi pemasaran yang digunakan di kedai stesen, pasar raya,
pasar raya besar dan sebahagiannya juga merupakan sebab utama untuk bil
runcit yang banyak. Bukan semua salah anda pun!
Cara menyekat tabiat anda: Hanya membawa jumlah wang tunai secukupnya apabila anda pergi ke pasar raya dan meninggalkan kad kredit anda di rumah.
2. Membeli Kopi
Kos yang mungkin anda tanggung hanya untuk kopi anda adalah:
RM3,640
setahun. Harga yang anda bayar jika anda membeli secawan kopi RM10
setiap hari dalam seminggu. Kopi Arabica premium merupakan kegemaran
Hipster dari bukit Timbuktu. Hujung minggu sahaja akan membelanjakan
sehingga sekurang-kurangnya
RM1,040 setahun. Seperti
penagih kafein tegar, mereka gembira dengan wujudnya kafe seperti
cendawan di negara ini, tetapi secawan kopi beraroma akan menelan kos
yang tinggi.
Cara menyekat tabiat anda:
Jika anda peminat kopi tegar dan tidak boleh berfungsi tanpa menghirup
secawan kopi, mengapa anda tidak membeli sahaja mesin kopi mampu milik
dan membuat secawan kopi anda sendiri?
3. Loteri
Magnum 4-D, Sports Toto atau nombor ekor adalah hobi yang
menyeronokkan, tetapi tiket loteri merupakan faktor muflis di seluruh
dunia. 'Sukan' yang menguntungkan ini tidak memerlukan bantuan daripada
pakar-pakar pemasaran untuk mempengaruhi mereka yang berjudi; mereka
akan tertarik dengan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan untuk
dimenangi! Judi adalah permainan yang melibatkan peluang, jadi
kebarangkalian mendapat jackpot 10 juta dolar adalah agak mustahil.
Cara menyekat tabiat anda:
Adalah lebih baik membuka deposit tetap dan melihat wang anda bertambah.
Ya, tidak dinafikan kadang-kadang boleh mendapatkan wang sehingga
berjuta-juta. Akan tetapi lebih ramai orang akhirnya rugi daripada
menjadi kaya dalam hidup mereka hasil daripada pembelian loteri ini.
4. Bayar Lewat
Jangan sesekali lewat membayar bil kad kredit anda kerana anda
memberikan wang secara percuma kepada bank! Walaupun tabiat beramal
sangat disarankan, tetapi bank sudah sedia mengaut keuntungan yang
banyak daripada kadar faedah bagi kad kredit dan pinjaman anda. Jika
lebih baik anda menderma ke tempat perlindungan haiwan atau kepada
saya!. Kebanyakan syarikat kad kredit, misalnya, mengenakan bayaran
lewat kira-kira 1.5% daripada jumlah keseluruhan anda. Jika anda bayaran
anda lewat setahun, maka anda terpaksa membazirkan wang anda begitu
sahaja disebabkan kelalaian anda membayar bil lewat.
Cara menyekat tabiat anda: Membayar bil-bil anda tepat pada masanya!
5. Merokok
Harga untuk 1 pek adalah RM12, jadi jika anda membeli satu pek setiap
minggu, anda akan membelanjakan RM624 setahun. Dua pek seminggu, dan
anda akan membazirkan RM1,248 setahun. Pernah dengar slogan; merokok
membahayakan kesihatan anda?
Cara menyekat tabiat anda:
Fikirkan mengenai perkara lain yang lebih menyeronokkan dan berfaedah
(contohnya seperti bercuti) anda boleh menjimatkan wang dengan RM1,248.
jimatcermat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan