Ahad, 22 Mac 2015

Tips Wangikan Rumah Menggunakan Tumbuhan Semulajadi


Tetamu datang rumah buat muka macam ni? Oh tidak!
Tetamu datang rumah buat muka macam ni? Oh tidak!

Petua Wangikan Rumah

Bau selepas memasak, bilik yang tertutup atau bau rak kasut kasut pasti akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Selain itu rumah yang tiada aliran udara yang baik dan sentiasa tertutup juga akan menghasilkan bau masam dan kepam.

Jika anda tinggal di kawasan kampung yang mempunyai halaman atau ruang yang luas pasti bau tidak menjadi masalah. Bayangkan anda tinggal di rumah flat atau apartment tanpa balkoni. Boleh sesak dada dibuatnya. Walaupun banyak pewangi rumah yang dijual di pasaran namun kadang-kala ia tidak membantu.


Cara semulajadi

Tahukah anda tumbuhan dari alam semulajadi mempunyai bau dan haruman tersendiri? Tumbuhan semulajadi ini tidak hanya terdiri daripada bunga-bungaan sahaja malah rempah-ratus juga mempunyai wangiannya tersendiri. Ingin tahu apakah tumbuhan tersebut? Teruskan membaca.

Daun pandan bukan untuk nasi lemak je tau!
Daun pandan bukan untuk nasi lemak je tau!

1. Daun Pandan

Ini petua wangikan rumah yang pertama. Rasanya ramai orang sudah tahu. Cuba ambil beberapa helai daun pandan kemudian racik atau cincang halus bersama beberapa kuntum bunga-bungaan. Jadikan seperti pot pouri. Kemudian gantung atau letakkan di sudut rumah agar wangian daun pandan tersebut merebak ke seluruh rumah. Selain boleh mewangikan rumah, bau daun pandan juga amat dibenci oleh lipas.


HolidaySpices
Manfaat dari alam semulajadi


2. Kulit kayu manis dan bunga cengkih

Kayu manis dan bunga cengkih bukan untuk buat masak sahaja. Ia juga boleh digunakan sebagai petua wangikan rumah.
Tahukah anda kulit kayu manis dan bunga cengkih boleh menggantikan sabun pencuci lantai? Caranya mudah sahaja. Ambik segenggam kulit kayu manis beserta bunga cengkih dan rebus sehingga mendidih. Apabila sejuk, gunakan air rebusan tersebut untuk mengemop lantai dan kabinet. Rempah ratus ini mempunyai haruman dan kesegaran tersendiri. Di samping wangikan rumah, duit pun jimat.

Buah limau purut mempunyai 1001 kegunaan
Buah limau purut mempunyai 1001 kegunaan

3. Buah limau purut

Seperti umum ketahui, buah limau purut memang banyak kegunaannya. Ada yang guna untuk perubatan, masakan dan juga mandian. Malah buah limau purut juga berfungsi untuk mengatasi masalah kelemumur.
Walaupun sinonim di dapur, ia boleh digunakan sebagai salah satu petua wangikan rumah juga. Bau kesegaran dari limau purut mampu untuk mengharumkan bau bilik yang tertutup.
Caranya adalah potong beberapa biji buah limau purut dan letak di dalam bilik. Biarkan selama beberapa jam dan rasakan haruman limau purut di segenap inci bilik.

Bunga kenanga kuning yang cantik
Bunga kenanga kuning yang cantik

4. Bunga kenanga

Petua wangikan rumah ini jarang-jarang kita dengar. Bunga kenanga agar sukar untuk dicari zaman sekarang. Namun tahukah anda bunga kenanga mengeluarkan bau yang wangi dan lembut. Selain bunga kenanga, bunga mawar yang segar juga boleh digunakan sebagai pewangi rumah semulajadi malah boleh dijadikan dekorasi rumah.

Siapa kata kesegaran pudina hanya untuk mulut?

5. Daun pudina

Ini petua wangikan rumah yang terakhir. Selalu kita dengar ubat gigi dengan kesegaran pudina. Tapi kali ini rumah atau bilik dengan kesegaran daun pudina. Caranya adalah dengan merendam beberapa helai daun pudina di dalam bekas dan letakkan di tengah-tengah rumah. Daun pudina akan menghasilkan bau yang segar. Untuk pengetahuan, daun pudina yang direndam boleh bertahan selama 2-3 hari.

Harapan kami

Selain petua-petua di atas, perkara paling penting sekali untuk meharumkan rumah adalah memastikan rumah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan selesa.  Bila mainan anak berselerak, ajarkan mereka kemas semula. Didik anak jaga kebersihan dari kecil lagi.
Jangan lupa juga untuk sentiasa buka tingkap agar udara segar masuk ke dalam rumah. Bila rumah bersih, barulah selesa untuk amalkan gaya hidup sihat
.
Sekian tips dan petua wangikan rumah dari kami.

Selamat mencuba!
siraplimau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...