Khamis, 19 Mac 2015

Cara Mudah Atasi Stress dengan Berkesan




Manusia tidak akan lari daripada perasaan tertekan (Stress) tetapi untuk meneruskan hidup yang berkualiti kita hendaklah menguruskan Stress dengan cara yang betul.

Berikut merupakan panduan mengatasi tekanan/stress iaitu:
 


Mengingati ALLAH S.W.T
“(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tenang dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi tenang.” (QS Ar-Ra’d 28)

-Kita sebagai hamba yang taat harus selalu mengingati pencipta kita. Tak kira dalam keadaan senang atau susah. Ada banyak cara untuk kita mengingati ALLAH S.W.T salah satunya adalah dengan berzikir.

-Basahkah lidah kita dengan zikir, jernihkan hati kita dengan zikir, dan tenangkan fikiran kita dengan zikir, cara untuk zikir dengan akal fikiran adalah dengan kita merenung alam ciptaan Allah dan mengagumi kebesaran-Nya.

Membaca Al-Quran
-Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dan khasiat Al-Quran itu cukup banyak. Jadi jika amalkan sentiasa membaca Al-Quran, agar jiwa kita sentiasa rasa tenteram. Sambil itu kita dapat membersih jiwa kita dan sentiasa dekat dengan ALLAH S.W.T.

Berdoa Agar Beban Kita Diringankan
-Doa adalah senjata kita orang mukmin. Hanya kepada Allah sahajalah tempat kita bergantung. Jadi kepada Dia sahaja kita meminta pertolongan. Apabila kita stress atau rasa terbeban, kita berdoalah agar diringankan bebanan yang kita sedang hadapi. Semoga termakbul doa kita dan dapat menghilangkan rasa stress kita.

-Ada juga doa khas untuk kita amalkan selalu apabila menghadapi stress.

حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ

Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyil 'Azzim


"Cukuplah Allah untuk (menolong kami, dan Dialah sebaik-baik Pengurus (Dan terserah kepadaNya segala urusan kami)
Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar".

Ya Arhamar Rahimin
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Nota:
Apabila menghadapi tekanan baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir.
Insya'Allah hati akan menjadi tenteram.

Jangan tinggal solat
-Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikan lah solat lima waktu dan tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. Berdoa lah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.

Gambar Ehsan Google

Positif (Berbaik Sangka)
-Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.

Bersedekah/Memberi Makan pada Anak Yatim dan Orang Miskin
-Apabila kita dalam kesusahan atau tekanan sebernarnya ada orang lain yg lebih susah daripada kita. Dengan mamberi sedekah pada orang susah jiwa kita akan jadi lapang. Sedekah dan membantu orang lain adalah seseuatu yang ajaib. Cubalah Sendiri! Pasti anda akan rasakan perbezaannya.

Semua yang diatas adalah ikhtiar kita sebagai hamba Allah swt. Kembalilah kepada Allah dan fahamilah kita adalah hamba Allah. Redha dan Pasrah dengan situasi semasa akan menyebabkan jiwa kita lebih tenang. Wallahu'alam.


Sumber:
http://www.bloggerlelaki.com/2013/10/cara-mengatasi-stress-cara-islam.html
http://hafizamri.com/cara-mengatasi-stress-dan-tekanan/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...