Isnin, 30 Mac 2015

Carilah keberkatan rezeki dalam Dhuha

Tadi saya ada menemani seorang kenalan untuk bertemu dengan seorang tokoh konglomerat yang terkenal di Malaysia yang juga merangkap CEO kepada satu syarikat gergasi yang menguruskan minyak negara.

Yang mengejutkan ialah, temujanji dibuat pada pukul 10 pagi, kebetulan, kami sampai awal, sementara menunggu, saya berasa hendak ke tandas, tandas lelaki berdekatan dengan surau staf pekerja syarikat tersebut.

Apabila melewati surau tersebut, lirikkan mata saya tertarik kepada kelibat seseorang yang bila saya amati orang itu ialah CEO syarikat. Beliau sedang mendirikan solat di dalam surau tersebut. Mungkin solat Dhuha yang beliau sedang kerjakan.

MasyaAllah, hati saya terkesima.



Lalu saya menemui seorang staf syarikat tersebut dan bertanya perihal perbuatan CEO mereka, ya, itu memang amalan harian CEO mereka, tepat jam 9 pagi, CEO mereka akan terpacak di atas tikar sejadah di surau tersebut untuk bermunajat kepada Allah.

Ya Allah, orang bergaji lebih RM100 ribu sebulan pun mencari keberkatan rezeki di dalam Dhuha, saya yang boleh dikategorikan sebagai golongan Marhaen amat culas dalam dalam menitik berat amalan Dhuha.
Ya Allah, kesianlah saya , berikan taufik untuk saya dirikan solat dhuha secara istiqomah.

Tulisan : Ustaz Fuad

Orang gaji ratus-ratus ribu sebulan pun tetap istiqamah solat Dhuha, kita yang gaji cukup makan ni…. asyik malas dan terus malas???
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...