Selasa, 24 Mac 2015

MENARIK - Sikap Yang Boleh Membuatkan Anda Selalu Poket Kosong

Wang adalah keperluan, itu adalah benar dan kerana itulah kita perlu sentiasa mempunyai wang untuk melunaskan keperluan-keperluan lain kehidupan; makanan, pakaian, tempat tinggal.  Jika anda selalu kehabisan wang sebelum anda melangsaikan keperluan-keperluan kehidupan anda, mungkin anda tidak sedar yang selama ini anda dibelenggu 5 sikap yang membuatkan anda kehabisan duit lebih cepat dari orang lain.

1. Gopoh
gopoh
Ya, anda mungkin tidak sedar kegopohan anda untuk menggunakan wang yang ada tanpa berfikir panjang samada wang itu digunakan ke tempat yang betul atau sebaliknya.  Mangsa selalunya akan merasa menyesal sesudah menyedari dirinya kehabisan wang kerana pembelian yang tidak dirancang.  Tetapi, sesal kemudian tidak berguna, kan?



2. Rambang Mata
rambang mata
Sikap ini sangat merbahaya untuk wang anda kerana ini adalah antara punca utama keborosan.  Jika anda merasa ingin membeli semua yang anda tengok di pasaraya, maka bersedialah untuk pokai lagi bulan ini kerana sikap rambang mata anda itu.  Selain dari sukar membuat pilihan antara barang keperluan dan kehendak, jika anda seorang yang rambang mata, anda mungkin sukar juga untuk merasa puas dengan apa yang dimiliki sekaligus menjadikan anda seorang yang tidak kisah menghabiskan duit untuk kepuasan hati.

3. Tak Tetap Pendirian
tak tetap pendirian
Belanjawan, menabung, buku kira-kira, senarai barang untuk dibeli, semuanya sudah anda sediakan kerana bulan ini anda tidak mahu poket kosong lagi seperti bulan-bulan sebelumnya.  Tetapi apabila sampai ke pasaraya, belanjawan kemana, senarai barang pun entah terbang menghilang tidak dapat dikesan.  Jika anda tidak tetap pendirian, masalah pokai sukar untuk pergi dari diri anda dan wang pula semestinya semakin sukar untuk melekat dalam poket.

4. Terlalu Bermewah
Mungkin anda memang sudah lama mengidamkan tas tangan Bally, tidak ada masalah jika anda mampu untuk membelinya.  Tetapi jika kewangan anda bukan berada pada tahap optimum lagi, lebih baik anda tangguhkan niat itu dulu jika tidak mahu berhutang dengan orang lain semata-mata ingin memuaskan kemahuan bermewah itu.  Ibarat pepatah, “Ukurlah baju pada badan sendiri”.

5. Tak Kisah
Tak kisah esok makan apa, tak kisah esok nak pergi kerja macam mana. Jika anda ada sikap sebegini, hentikan sekarang.  Sikap tidak ambil pusing tentang masa hadapan bukan sahaja membawa musibah dari segi kewangan tetapi juga kepada kehidupan secara keseluruhan kerana anda mungkin bukan setakat menyusahkan diri sendiri, anda mungkin bakal menyusahkan orang yang rapat dengan anda juga.  Golongan ‘tak kisah’ ini selalunya tidak kisah jika dalam dompet hanya ada RM200 dan membelanjakan semuanya sekaligus kerana mereka tidak mempunyai perancangan rapi tentang kewangan.  Akhirnya wang mereka akan habis dengan pantas tanpa mereka sedari.

Ron-Weasley-Can-We-Panic 

Jadi sekarang soalannya berbalik kepada diri anda sendiri, bagaimana untuk menangani sikap ini? Jawapannya, anda perlu mengubah diri dan membentuk 5 sikap yang akan membantu anda menjadi individu yang lebih ‘sayang duit’ dari sebelumnya.

1. Berhemah
Berhemah adalah sahabat karib berjimat cermat.  Jika anda dapat berbelanja secara berhemah, sudah pastinya anda mampu menjimatkan lebih banyak wang.  Antara cara perbelanjaan berhemah adalah:
  • Membuat perbandingan harga semasa aktiviti membeli belah.
  • Menetapkan belanjawan untuk perbelanjaan.
  • Berusaha untuk tidak berbelanja sehingga membazir.
2. Berdisiplin
walk-away
Pastinya setiap malam sebelum tidur, anda merancang untuk menjadi orang yang lebih baik pada esok hari.  Oleh itu, jangan jadikannya setakat sebuah perancangan, jadikannya realiti dan kuatkan semangat untuk menjadikan perancangan anda itu suatu kejayaan.  Sebagai contoh, jika anda merancang untuk memastikan duit gaji bulan ini mampu bertahan sehingga ke hujung bulan, maka anda haruslah berdisiplin untuk menahan diri anda dari godaan yang akan membuatkan anda berbelanja sewenang-wenangnya.

3. Bersederhana
Cumberbatch-Clapping
Walaupun anda mempunyai harta setinggi gunung, tidak semestinya anda harus menghabiskannya dalam satu hari.  Orang paling kaya di dunia pun mempunyai sikap bersederhana, memang elok untuk kita jadikan itu sebagai contoh tauladan supaya kita merasa bangga apabila memilih untuk berbelanja secara bersederhana.  Anda boleh jadikan ini suatu tabiat, jika anda berjaya membeli barang pada harga lebih murah, kongsikan di laman sosial.  Pasti ramai yang akan turut serta dan seterusnya mengikut jejak anda berjimat cermat.

4. Memikir Masa Depan
memikir masa depan
Menjadi individu yang berwawasan adalah menjadi individu yang sentiasa memandang jauh ke depan dan bukan sekadar menjalani kehidupan hari ini sahaja.  Berdikit-dikit, menabung, berbelanja mengikut had merupakan tabiat yang perlu anda pupuk untuk menjadi seorang yang beringat tentang masa akan datang.  Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu runsing bila waktu kesusahan tiba kerana anda sedikit sebanyak sudah bersedia.

5. Bersabar
Calm-down-lady
Walaupun kelihatan seperti tidak releven tetapi sikap bersabar dapat membawa perubahan dalam gaya berbelanja anda lebih-lebih lagi kepada mereka yang gemar berboros.  Jika anda merasa seperti terdorong ingin membeli baju baru, sabar sebentar dan berfikir samada anda benar-benar memerlukan pembelian itu dan adakah ianya berbaloi pada waktu itu.

Apabila bercakap tentang berjimat cermat, siapa kata anda tidak boleh berbelanja langsung? Itu adalah kesilapan besar.  Apa yang anda perlu adalah kawalan ke atas diri anda untuk berbelanja tanpa meletakkan diri dalam keadaan poket kosong.  Yang lebih penting, elakkan diri anda dari poket kosong kerana jika itu terjadi, tiada apa yang anda dapat berjimat.
 jimatcermat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...