Khamis, 5 Mac 2015

Tips Bersolek Yang Setiap Wanita Wajib Tahu

Setiap wanita pun akan bersolek, tidak kira bermakeup tebal ataupun sekadar menyapu bedak asas. Masalah utama yang dihadapi oleh golongan wanita selepas bersolek adalah solekan tak tahan lama sebab wajah mudah berpeluh ataupun berminyak.

5 Tips Bersolek Yang Setiap Wanita Wajib Tahu
Bila perkara ini terjadi, bukan sahaja wanita tersebut akan rasa tidak selesa malah dia mungkin akan hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Sekejap-sekejap kena cari cermin untuk ‘touch up’
Sebenarnya ada beberapa tips bersolek yang dapat mengatasi masalah ini dan mengelak dari wajah cepat berpeluh ataupun berminyak. Antaranya:




1) Sebelum mengenakan sebarang solekan iaitu sejurus selepas mencuci muka, tekap wajah dengan ais. Petua ini dikatakan dapat mengecilkan liang roma dan mengurangkan masalah kulit berminyak.

2) Jika menghadiri majlis di tempat terbuka, biasanya wajah lebih cepat berpeluh. Lebih-lebih lagi bila menghadiri majlis di siang hari ketika cuaca panas. Tekap wajah dengan kertas minyak (blotting paper) ataupun tisu. Jangan sapu tetapi tekap, ia tidak akan mencomotkan solekan di wajah sebaliknya hanya akan menyerap peluh mahupun minyak.

3) Elak meletakkan solekan yang terlalu tebal. Jangan sesekali memakai bedak asas dengan banyak sebaliknya sapu secara nipis dan kemas.

Ia membuatkan kulit kelihatan lebih semulajadi dan solekan nampak sekata.

4) Untuk memastikan solekan tahan lama dan tidak cepat pudar, semburkan penyegar muka (spray mist). Ini membantu mengekalkan kelembapan kulit dan membuatkan solekan kekal cantik biarpun berjam-jam lamanya.

5) Elak dari ‘touch up’ berulang-ulang kali kerana solekan akan kelihatan lebih tebal malah bila korang ‘touch up’ di atas wajah yang sudah pun berpeluh atau berminyak, ia akan menyebabkan kulit wajah mudah mendapat jerawat

Itulah dia 5 Tips Bersolek Yang Setiap Wanita Wajib Tahu agar sentiasa kelihatan cantik dengan wajah yang berseri.
 puterikasih.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...