Ahad, 22 Mac 2015

Fakta Menarik - Bila kali terakhir anda baca Quran?

 

Semasa saya bekerja di syarikat lama dulu (Sato Malaysia), saya pernah buat 1 (tanya soalan secara peribadi) kepada rakan-rakan sekerja saya.
Soalannya ialah ;
“Dalam seminggu ni, berapa kali engkau buka dan baca Quran?”
Saya minta mereka jawab dengan jujur.

Anda nak tahu, apakah hasil survey saya?

Dalam 10 orang yang saya tanya, TAK ADA WALAU SEORANG PUN yang mengaku membuka mushaf al-Quran dan baca setiap hari.

Ramai yang cuma menjawab… (dengan nada yang separa bergurau);
“Aku, setiap hari baca Quran la. Tapi dalam solat laaa.”



Setelah saya bertanya beberapa soalan lain (berkenaan amalan baca Quran di kalangan kenalan-kenalan saya), saya telah membuat kesimpulan (berdasarkan survey itu) bahawa, tak sampai 10% pun daripada kalangan rakan-rakan saya yang membaca Quran setiap hari.

Dalam masa yang sama, saya juga bertanya soalan ini kepada mereka ;

“Adakah engkau main facebook setiap hari? Kalau yer, agak-agak berapa minit sehari main facebook?”
Nak tahu hasil survey saya?

Dalam 10 orang yang saya tanya. 100% mengatakan YA! mereka main facebook setiap hari.

Dan purata tempoh masa yang mereka habiskan setiap hari untuk main facebook ialah dalam sekitar 1~2 jam.

Mengejutkan?

Saya percaya, inilah realiti masyarakat Islam kita di mana-mana di bumi Malaysia.

Bagi saya, ia amat menyedihkan!

Apatah lagi bila mengenangkan sabda Nabi sollalahu’alaihi wasallam.

kepentingan membaca Quran
Hmmm… saya tak mahu menuding jari kepada sesiapa.

Cukuplah kita sendiri bertanya kepada diri masing-masing (dengan sejujur-jujurnya),
Berapa minitkah kita peruntukkan masa kita (dalam sehari) untuk buka dan baca Quran?
Kemudian, tanya lagi diri ;
“Berapa minit @ jam kah kita habiskan masa untuk main facebook? (yang kita selalu beri alasan, “alahh takper la, main facebook pun banyak manfaatnya juga kan?” KONON!)
Tepuk dada, tanya iman.

Saya bukan nak bersangka buruk, mempertikai atau memandang serong kepada orang yang main facebook.
Tapi ini adalah untuk peringatan diri kita masing-masing.

Bilakah kali terakhir korang buka dan baca Quran???

Kalau hari-hari boleh main facebook sampai berjam-jam, mengapa tak boleh langsung nak baca Quran (walau sebaris) ?

Why? Why? Why?

Haaa… korang jawab lah!

Jawaabbbb jangan tak jawaabbb!
pakor how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...