Hidup berkasih sayang perlukan kerjasama yang bukan sedikit bagi
kedua-dua pihak. Tidak hanya seorang diri, baik suami atau isteri
sama-sama berperanan memberikan yang terbaik untuk pasangannya.
Menggembirakan hati pasangan misalnya dianggap sebagai elemen yang
remeh. Namun tahu kah anda bahawa menggembirakan hati pasangan sama ada
isteri atau suami punya banyak kuasanya dalam mengutuhkan lagi hubungan
yang sedang rawan.
Namun menggembirakan hati isteri ternyata sulit bagi sesetengah suami
apa lagi suami yang pendiam dan tidak banyak mulut. Jadi bagaimana? Tip
ringkas ini wajar anda baca dan selami hati sang isteri untuk menjamin
kesejahteraan keluarga bahagia bersama. Malah pahala yang Allah janjikan
juga pastinya milik anda.
1. Ungkapan Sayang Di Bibir
Jangan anggap kata-kata sayang adalah perkara yang remeh bagi anda.
Selalulah beritahu isteri bahawa anda amat menyayanginya agar dia tahu
dirinya sentiasa disayangi. Pastikan setiap hari anda mengucapkan
kata-kata ‘i love you’ biar hanya melalui sistem pesanan ringkas atau
‘whatsapp’. Dalam kesibukan tugasan dan kerja di pejabat, melihat mesej
ringkas sang suami sekali imbas sahaja nyata menaikkan semangat si
isteri. Anda harus cuba!
2. Bergurau Senda
Tidak hanya kata-kata manis dan ayat ‘power’ untuk si isteri. Cukuplah
hanya sekadar gurauan biasa yang membuatkan hati si isteri terhibur kala
diusik. Tanpa kata-kata dan percakapan pastinya jadi lebih sunyi dan
impaknya buat isteri kurang rasa dihargai apa lagi disayangi. Jika
berdua di dalam kereta misalnya, ambillah masa berbual dengan isteri dan
sesekali selitkan gurauan dan usikan yang mampu buat isteri ketawa.
Biarpun lelah menguruskan kerja di rumah dan anak-anak yang tidak pernah
sudah, hati si isteri pasti terhibur.
3. Ringankan Kerja Isteri
Isteri selalunya tidak meminta. Namun sesekali bantulah ringankan tugas
isteri di rumah, menjaga anak-anak kala dia perlukan rehat. Beri dia
rehat yang secukupnya sekali-sekala tanda penghargaan untuk isteri.
Sesekali mengambil tugas menyediakan sarapan buat keluarga juga sudah
dianggap hebat baut isteri, apalagi jika anda meminta menyediakan makan
malam untuk seisi rumah. Pasti isteri anda amat bersyukur dan bangga
kerana memiliki suami seperti anda.
4. Pujuklah Hatinya
Bukan wanita rasanya jika isteri anda langsung tidak pernah merajuk
dengan kelakuan dan kata-kata anda. Bukan kerana ayat kasar yang anda
lontarkan tetapi yang anda perlu sedari, hati wanita sememangnya lembut
dan begitu sensitif sekali. Beri dia sedikit masa dan kemudian pujuklah
dengan lembut. Jika tidak mampu bercakap secara langsung, mesej ringkas
berbunyi ‘sayang’ atau ‘saya rindu awak’ sudah cukup buat wanita rasa
tidak diabaikan. Apa lagi jika anda menghadiahkannya sebuah hadiah
kecil. Jadi berusahalah.
5. Peluk Cium Selalu
Jangan anggap cinta sudah pudar biarpun anda sudah melalui usia
perkahwinan yang sudah cukup matang. Sebaliknya berusahalah menjadikan
hubungan anda sama seperti baru berkahwin. Setiap hari di rumah, peluk
dan ciumlah isteri selalu. Ambil masa dua minit untuk tip ini setiap
kali sebelum melangkah kaki ke pejabat. Kajian pakar daripada Jerman
membuktikan amalan ini cukup baik untuk sistem reproduksi wanita. Amalan
yang pada mulanya janggal akan bertukar menjadi perkara paling
menyeronokkan bagi anda. Bahagia itu milik anda. Ayuh lakukannya
sekarang.
6. Luang Masa Bercuti
Jika mempunyai wang lebih seperti bonus dan sebagainya, sesekali
ajaklah isteri bercuti di hujung minggu. Tidak perlu perjalanan yang
jauh, sebaliknya ukurlah kemampuan sendiri dengan bercuti di dalam
negara sahaja. Ambil masa berdua dan berehatlah daripada segala
kesibukan urusan setiap hari. Lebih tenang, relaks malah isteri juga
lebih gembira dan pasti tersenyum bangga. Memilih tarikh ulang tahun
perkahwinan atau hari jadi si isteri tentunya menjadi memori yang paling
diingati sepanjang hayatnya.
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan