Selasa, 10 Mac 2015

Bunga Pelik Ini Mampu Menyembuhkan Penyakit AIDS.



Geranium adalah salah satu jenis bunga yang berbentuk kecil dan biasanya tumbuh berkelompok. Bunga ini mempunyai warna ungu, biru, pink, atau putih. Selama ini geraniums diketahui sebagai tanaman yang boleh menghalang gigitan nyamuk. Namun baru-baru ini penyelidik mendapati bahawa ekstrak geraniums dipercayai boleh menyembuhkan AIDS.

Penyelidik dari Jerman mendedahkan bahawa ekstrak tumbuhan geranium boleh menghalang virus HIV mengenai sel manusia. Virus HIV terbahagi menjadi dua jenis, iaitu HIV-1 dan HIV-2.
 
 
 

Kedua virus tersebut bertanggungjawab menyebabkan penyakit AIDS pada manusia. Penyelidik mendedahkan bahawa ekstrak geraniums berpotensi untuk menjadi ubat baru untuk mencegah virus HIV-1.

 Kajian yang dilakukan di German research Centre for Environmental Health, Munich juga mendapati bahawa ekstrak geranium boleh mencegah virus untuk melakukan replikasi jenis baru dari HIV-1 dan melindungi sel kekebalan tubuh serta sel darah dari jangkitan virus HIV tersebut.


Para penyelidik tersebut juga mendapati jika bunga Geranium mampu melindungi sel darah dan system imuniti tubuh dari jangkitan virus, dengan kata lain, Geranium mampu mencegah penyebaran HIV.


Penyelidik telah melakukan beberapa percubaan klinikal untuk mengetahui apakah kesan geraniums selamat untuk digunakan oleh  manusia. Di Jerman, penyelidik juga telah mengluluskan penggunaan ekstrak ini sebagai ubat herba untuk mencegah HIV. Ekstrak geranium cukup menjanjikan untuk digunakan sebagai ubat melawan HIV-1. Selain itu, geranium juga boleh didapatkan dan disimpan dengan mudah.

Ekstrak dari bunga Geranium ini mempunyai fungsi yang berbeza dari semua ubat-ubat anti HIV-1 yang telah digunakan dalam ujian klinikal.

Perkara ini menjadikan bunga Geranium sangat penting digunakan dalam rawatan anti HIV sebagai supplemen. Selain itu penggunaan ektrak geranium dalam rawatan anti HIV sangat menjanjikan kerana hanya memerlukan sumber kuasa sedikit, mudah dikembangkan dan tidak memerlukan proses penyejukan.




Berdasarkan data WHO, lebih dari 35 juta orang di dunia terkena virus HIV, kebanyakan adalah HIV-1. Jika tidak  dirawat dengan segera HIV boleh menyebabkan penyakit AIDS yang sangat membahayakan dan boleh membawa maut

Penemuan ini boleh menjadi salah satu sinar terang untuk pembangunan ubat HIV / AIDS di masa depan.
zamrispoon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...