Ahad, 29 Mac 2015

Hebatnya Aisyah Radhiallahu’anha Menjaga Auratnya

Dikisahkan sejak kewafatan suaminya Aisyah radhiallahu’anha yakni Nabi Muhammad sollallahu’alaihi wasallam, Nabi disemadikan dalam rumahnya sebelah Masjid Nabawi. Kerana tersangat sayangkan Nabi sollallahu’alaihi wasallam, Aisyah radhiallahu’anha telah tinggal dan tidur di dalam makam Nabi setiap masa.

makam nabi
makam Nabi

Selepas itu, khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Sidiq radhiallahu’anhu pula meninggal dunia. Dan ia disemadikan bersebelah makam Nabi Muhammad sollallahu’alaihi wasallam. Tapi Aisyah radhiallahu’anha masih lagi tinggal dan tidur berhampiran makam itu.




Selepas itu, Saidina Umar Al-Khatab radhiallahu’anhu pula meninggal dunia dan disemadikan dalam ruangan makam yang sama, bersama Nabi Muhammad sollallahu’alaihi wasallam dan Abu Bakar radhiallahu’anhu. Maka Aisyah pun sejak dari itu, tidak lagi tinggal di makam itu.

Maka, para sahabat bertanya kepada Aisyah radhiallahu’anha…

“Kenapa kamu tidak lagi tinggal dan tidur di makam selepas Umar Al-Khatab juga disemadikan di situ?”
Jawab Aisyah…

“Ketika Nabi Muhammad sollallahu’alaihi wasallam, aku tinggal disitu kerana dia suamiku, kemudian Abu Bakar radhiallahu’anhu kerana dia ayahku, maka aku bebas untuk membuka aurat, menyikat rambut dan buat apa sahaja kerana mereka halal bagi ku.
Namun, apabila Umar Al-Khatab radhiallahu’anhu masuk dalam makam itu (walaupun dalam keadaan mati), aku menjadi segan dan malu untuk bebas seperti biasa sebab dia tiada apa-apa perhubungan dengan aku.
Maka sejak itu, Aisyah radhiallahu’anha buat bilik khusus untuknya bersebelahan makam Nabi.

Lihatlah begitu hebat Aisyah radhiallahu’anha menjaga aurat dan maruahnya daripada lelaki bukan mahramnya, walaupun Umar radhiallahu’anhu ketika itu sudah tidak bernyawa.

Inilah contoh wanita hebat, Aisyah radhiallahu’anha… Ummahatul mukminin.

Tapi bagaimana pula dengan kita hari ini? Adakah kita mengambil mudah akan aurat dan maruah diri? Rela berkongsi pandangan dengan ramai lelaki dengan mahram mu?

Penutupan antara ipar duai dalam rumah pun perlu di ambil berat. Peliharalah aurat dan maruah diri seperti mana Aisyah radhiallahu’anha menjaganya. InsyaAllah.

Kisah diceritakan oleh Ustaz Zaim, Mutawif Andalusia, Umrah Mac 2015.
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...