Selasa, 31 Mac 2015

Hubungan Kita Dengan Allah _ bahagian kedua

Gambar sekedar hiasan sahaja.
Bahagian pertama telah menggariskan 6 sifat unggul yang terdapat dalam diri para sahabat Rasulullah s.a.w. yang membuatkan Allah ta'ala redha keatas mereka sehingga mereka mendapat gelaran Radhi Allah anhu yang digunakan dibelakang nama mereka.

Terdapat begitu banyak sifat unggul dalam diri para sahabat r.anhum dan para ulamak mengambil hanya 6 sifat untuk kita ikuti yang mana 6 perkara ini bukanlah satu kefahamn agama yang baru tetapi dengan mengamalkan ke 6 enam perkara tersebut mudah-mudahan kefahaman agama dapat masuk kedalam diri kita. In syaa Allah.

Sifat unggul yang pertama ialah keyakinan mereka kepada hakikat kalimah 'La illa ha ilallah, Muhammadar Rasulullah'.
 
 
 
 
Kalimah 'La illa ha illalah' bermaksud tiada lain tuhan selain Allah. Hanya Allah yang berkuasa keatas setiap sesuatu. Tidak akan hujan walaupun langit sudah mendung pekat kecuali dengan izin Allah. Tidak akan luka sesuatu yang dipotong menggunakan pisau tanpa izin Allah walaupun pisau atau pedang yang digunakan begitu tajam.

Allah s.w.t. telah mencipta sebanyak 18,000 makhluk dan kesemua 18 ribu makhluk tersebut takluk kepada kekuasaan Allah. Hanya Allah yang berkuasa dan selain dari Allah kesemuanya adalah makhluk. Makhluk tidak mempunyai kuasa tanpa izin Allah. Dengan keyakinan sebegini para sahabat mencapai kemenangan demi kemenangan. Dan seharusnya pula kita mengambil keyakinan seperti mereka untuk mencapai kemenangan didunia dan diakhirat.

Cara untuk kita menanam keyakinan tersebut dalam diri kita ialah banyakkan bercakap tentang kebesaran Allah. Cakaplah bahawa Allah mengetahui anjakan sebutir pasir dalam lautan yang gelap akibat kibasan ekor ikan yang kecil, atau cakaplah Allah mendengar bunyi tapak kaki semut kecil bewarna hitam diatas batu hitam didalam gua yang kelam hitam.

Allah ta'ala boleh melakukan sesuatu perkara atau benda dengan ada asbab, tanpa asbab atau menyalahi asbab. Allah ta'ala telah mencipta Nabi Isa binti Mariam a.s. tanpa ayah. Allah ta'ala telah mencipta Nabi Adam a.s. tanpa ibu dan tanpa ayah. Allah ta'ala telah memancarkan air dari tengah-tengah padang pasir yang kering kontang yang sehingga sekarang air dari telaha zam-zam itu masyur keserata dunia. Allah ta'ala telah menjadikan api tidak takluk kepada Nabi Ibrahim a.s. sewaktu Namrud laknatullah mencampakkan Baginda a.s. kedalam unggun api selama 40 hari 40 malam. Allah ta'ala telah menjadikan ketajaman pisau tidak mendatangkan mudharat di leher Nabi Ismail a.s. ketika ayahnya Nabi Ibrahim a.s. hendak menyembelih Nabi Ismail a.s. 

Cakaplah apa saja kebesaran Allah setiap hari kepada sesiapa sahaja. Jikalau sudah tiada sesiapa yang hendak mendengar percakapan itu cakaplah dengan makhluk-makhluk yang lain pula seperti kucing atau buah kelapa, kerana dengan percakapan itu kita bukan bercakap untuk mereka yang akan mendengar tetapi kita sebenarnya bercakap untuk kita sendiri mendengar sebab mulut yang bercakap itu telinga kitalah yang paling hampir dengannya. Lama kelamaan hakikat yakin dengan kalimah 'La illa ha ilallah' dapat masuk dalam diri kita.
blog tok wan

Selain dari bercakap tentang hakikat kalimah 'La illa ha ilallah'  itu kita juga kena dakwahkan kalimah tersebut. Barang siapa akhir kalamnya dapat menyebut kalimah 'La illa ha ilallah' maka wajib syurga baginya, begitulah sabdaan Nabi s.a.w.

Akhir sekali untuk memantapkan keyakinan tersebut benar-benar masuk dan berada dalam diri kita kita kena doa minta pada Allah ta'ala dalam solat tahajut. Menangislah, merayulah kepada Allah supaya Allah campakkan hakikat 'La illa ha ilallah' itu dalam diri kita.

Seterusnya ialah 'Muhammadar Rasullullah' yang bermaksud Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah utusan Allah. Ini bermaksud bahawa hanya dengan cara Nabi s.a.w yang akan membawa kejayaan di dunia dan akhirat. Selain daripada cara Baginda s.a.w tidak membawa kejayaan. Ada tiga cara yang boleh kita ikut yang pertama ialah Surah Baginda s.a.w., kedua Sirah Baginda s.a.w. dan ketiga ialah Sarirah Baginda s.a.w.

Surah ialah keterampilan Baginda s.a.w. Para sahabat mengambil surah ini sehingga dalam perhimpunan ramai hampir kesemua mereka memiliki keterampilan yang menyerupai Baginda s.a.w. sehingga sukar untuk mengenali Rasulullah s.a.w. sendiri. Mereka meniru cara Rasulullah s.a.w. Mereka pakai serban, simpan janggut sama seperti Rasulullah s.a.w. mereka pakai celak disebelah malam, mereka bersugi setiap kali berwuduk, mereka berpakaian jubah putih. Pendek kata apa yang Nabi s.a.w. pakai itulah yang mereka pakai.

Sirah pula adalah cara kehidupan Nabi s.a.w. dimana adakalanya Nabi s.a.w. berlapar mereka juga berlapar. Apa yang Nabi s.a.w. makan itulah yang mereka makan dan apa yang Nabi s.a.w. tinggalkan itulah juga yang mereka tinggalkan. 

Nabi s.a.w. tidak pernah tinggalkan solat berjemaah, mereka juga ikut tidak tinggalkan solat berjemaah. Nabi menunaikan solat-solat sunat mereka juga lakukan perkara yang sama. Jadi kelihatannya mereka ini sama seperti Nabi s.a.w.

Sarirah pula ialah cara Nabi s.a.w. berfikir keatas umat. Nabi s.a.w. runsing keadaan umat akhir zaman (kita inilah) mereka juga merisaukannya. Nabi s.a.w. risau ada umat yang jauh di benua lain yang agama ini tidak sampai kepada mereka, para sabahat r. anhum juga risau bimbang perkara yang sama.

Inilah perkara-perkara yang sepatutnya kita ikuti, kita juga harus fikir risau dan bimbang bagaimana manusia tidak dapat datang kepada seruan agama dan berikhtiar agar manusia dapat datang kepada semua perintah Allah ta'ala yakni semua kaum lekaki solat berjemaah dimana azan dilaungkan, anak-anak dapat ta'at kepada ibubapa dan kaum wanita menutup aurat dengan sempurna.

Untuk mendapatkan hakikat ini (Muhammadar Rasulullah) kita kena bercakap mengenainya selalu kepada sesiapa yang kita kenal atau tidak dan jika tiada sesiapa yang mahu mendengar bolehlah cakap pada kucing atau burung kerana mereka juga makhluk agar percakapan kita itu masuk dalam diri kita kerna kita yang paling banyak mendengar percakapan kita sendiri. Dengan cara begini kita akan dapat meninggalkan percakapan yang sia-sia. Kita juga mengharap agar akhir kalam kita dapat mengucapkan kalimah 'La illa ha ilallah, Muhammadar Rasulullah'.

Nabi s.a.w. bagitau pada zaman fahsha dan mungkar (zaman kerusakan umat) barangsiapa dapat mengamalkan sunahku maka ganjarannya adalah 100 pahala syahid. Untuk mendapatkan ini semua kita juga kena usaha dan sesudah berusaha mintalah pada Allah dalam doa dengan menangis, menangis dengan sesungguh hati minta Allah campakkan hakikat ini keddalam diri kita.

Sifat unggul yang kedua yang ada dalam diri para sahabat r.anhum ialah hakikat solat khusuk dan khudu'. Dimana kita membawa keta'atan dalam solat keluar solat. Jika dalam solat pandangan kita tundukkan ketempat sujud begitu juga ketika keluar dari solat hendaklah kita sentiasa menundukkan pandangan kita. Kerana dengan cara ini kita dapat mendirikan solat yang lebih kyusuk dan khudu' seperti yang para sahabat r.anhum lakukan.

Allah ta'ala memberi peluang bertemu denganNya sebanyak 5 kali dalam sehari. Waktu ini gunakanlah sungguh-sungguh untuk bertemu dengan Allah, tumpukan perhatian, hadirkan diri dan maknakan apa yang kita baca semasa solat. Buatlah seolah-olah kita nampak Allah ta'ala dan jika tidak mampu buatlah seolah-olah Allah s.w.t. sedang melihat kita yang sedang solat.

Solatlah diawal waktu dimana azan dilaungkan. Barang siapa dapat menjaga solatnya dengan sempurna maka diberikan dua perkara kepadanya pertama diberikan keberkatan rezeki untuknya dan dicabut sifat munafik darinya.

Barang siapa dapat menjaga solatnya tanpa tertingal takbiratul ulla bersama imam 40 hari berturut-turut maka mendapat 5 perkara. Pertama dipermudahkan rezeki untuknya, kedua terlepas dari azab kubur, ketiga menerima buku catatan amalnya dengan tangan kanan, keempat melintas titian sirat sepantas kilat dan kelima masuk syurga tanpa hisab.
Hanya dengan solat sunat 2 raka'at para sahabat dapat menyelesaikan masalah mereka. Salah seorang sahabat dalam perjalanan perniagaan dari Madinah ke Syam dengan kaldainya tiba-tiba di pertengahan jalan kaldainya mati. Dengan menunaikan solat hajat 2 raka'at maka kaldainya hidup kembali.

Begitu juga yang berlaku kepada seorang sahabat lain apabila tiada apa-apa makanan dirumahnya dia telah pergi ke masjid untuk menunaikan solat hajat kemudian kembali ke rumahnya lalu bertanyakan kepada isterinya adakah apa-apa makanan untuk dimakan. Isterinya menjawab tiada apa-apa untuk dimakan lalu dia kembali ke masjid solat hajat lagi kemudian kembali kerumah bertanya kepada isterinya lagi lalu mendapat jawapan yang sama kemudia kembali lagi kemasjid dan selepas 6 atau 7 kali maka ketika dia kembali kerumahnya didapatinya batu pengisar gandum didalam rumahnya berputar dengan sndirinya dan mengeluarkan gandum yang sudah dikisar. Sahabat tersebut telah membuka pengisar tersebut untuk mengesahkan bahawa apa yang dikisar oleh batu kisar itu adalah benar-benar gandum lalu ketika itu batu kisar itu terhenti.

Kemudian sahabat tersebut telah memaklumkan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah s.a.w. memberitahunya, 'Jika tidak dibuka penutup kisar itu nescaya ia akan terus berkisar dan mengeluarkan gandum sehingga dunia kiamat'.

Dengan perantaraan solat yang benar-benar khusuk dan khudu' dapat menghubungkan kita dengan Allah ta'ala dan mintalah kepada Allah apa-apa perkara yang di inginkan atau di hajatkan kerana Allah ta'ala suka kepada mereka yang bersegera kepadaNya dalam menghadapi masalah, janganlah sesudah berputus asa dengan makhluk yang lain atau sudah cuba ikhtiar ketempat lain menemui manusia atau makhluk yang lain dan sesudah itu baru hendak menemui Allah ta'ala nescaya waktu itu Allah tidak suka dan Allah ta'ala tidak memandang pun permintaan atau hajat kita itu keran Allah ta'ala juga mempunyai sifat Ghoyur yakni cemburu. Jadi apabila ada masalah bersegeralah menemui Allah, mintalah pada Allah, jangan meminta sesama makhluk.

Untuk mendapatkan hakikat solat khusuk dan khudu' ini kita kena usahakan, kena dakwahkan kena cakap dan cakap lagi kepada orang lain, jikalau sudah tiada orang lain yang mahu mendengarnya maka cakaplah dengan burung, ayam atau angin, nescaya telinga kita lebih banyak mendengar percakapan yang hak ini sebab telinga kita berada paling hampir dengan mulut kita sendiri.

Selepas itu jangan pula lupa berdoa dan meminta kepada Allah ta'ala, mintalah agar hakikat solat khusuk dan khudu' iini Allah ta'ala campakkan kedalam diri kita.

Untuk sifat sahabat r.anhum yang ketiga yakni hakikat ilmu dan zikir akan kita sambung minggu hadapan yakni 3hb April 2015 atau 13 Jamadil'akhir 1436 bersamaan ulang-tahun kelahiran Tok yang ke 62 mengikut kalendar islam.

La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...