Dua pesawat pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia dilaporkan
terhempas ketika melakukan latihan sempena Pameran Maritim Dan Udara
Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015 di Langkawi, Ahad.
Dalam insiden pukul 2 petang itu, dua pesawat jenis KAI KT-1B Woongbi bertembung antara satu sama lain sebelum terhempas.
Kepulan asap dapat dilihat di lokasi kejadian dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Nasib dua juruterbang tidak diketahui dan pasukan mencari dan menyelamat bergegas ke tempat kejadian.
Difahamkan semua latihan dan pertunjukan udara dihentikan serta-merta
bagi membolehkan pasukan mencari dan menyelamat melakukan pencarian ke
atas juruterbang yang hilang.
http://bloglist-malaysia.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan