Cuba kita semua lihat diri kita tatkala mahu menunaikan solat.
Menutup aurat kerana kita mahu mengadap Allah s.w.t. Tanda kita tunduk
dan patuh pada perintah Allah.
Tapi kenapa masih ramai yang tidak menutup aurat walaupun dia solat?
Kenapa dibeza-bezakan antara waktu solat dan lainnya. Bukankah syariat
menutup aurat itu kekal sepanjang masa, bukan hanya pada waktu mahu
menunaikan solat sahaja.
Kenapa perlu menutup aurat?
Sudah tentu kerana ianya perintah Allah. Sepertimana kita patuh akan
perintah menunaikan solat, puasa, begitu juga kita perlu patuh pada
perintah menutup aurat. Sebagai tanda kita patuh akan Allah yang telah
menciptakan kita dengan penuh kasih sayang.
Saya tidak kisah seandainya yang tidak menutup aurat itu masih tidak
tahu akan perintah ini. Tetapi saya sedih apabila memandang
sahabat-sahabat yang sudah beberapa kali didedahkan tentang penutupan
aurat ini. Apakah alasannya?
” Maafkan saya. Masih belum mendapat hidayah dari Allah.”
Hujah saya, Allah tidak pernah memerlukan kita, sebaliknya kita yang
memerlukan Allah. Kalau kita tidak berusaha untuk berubah, mana mungkin
Allah mahu beri pada kita hidayah. Hidayah Allah beri pada mereka yang
benar-benar mahu.
InsyaAllah… Jangan mengalah wahai para sahabatku. Diriku juga tidak
sempurna. Marilah kita sama-sama perbaiki diri demi mengharapkan redha
Ilahi.
” Ah, saya tidak mahu jadi hipokrit.”
Hipokrit? Hipokrit dengan Allah? Jangan para
sahabatku.. Jangan timbulkan lagi alasan ini. Kerana tidak pernah wujud
hipokrit apabila kita mahu menurut perintah Allah. Nanti apabila disoal,
kita tidak mampu lagi untuk menjawab sedemikian rupa kerana peringatan
sudah diberikan sewaktu kita di dunia.
Ini sahaja lah alasan yang selalu diberikan. Alasan yang hanya
alasan. Mengapa kita tidak cuba mencari solusi iaitu dengan mengambil
langkah menutup aurat. Mudah sahaja… dan insyaAllah diri kita juga akan
lebih tenang dan selamat.
Apabila berpakaian pula, janganlah ketat, singkat dan jarang…
Kaki pula ditutupi dengan pemakaian stokin atau sarung kaki.
Buat lelaki pula, jangan jadikan pemakaian seluar pendek sebagai trend kerana ianya amalan jahiliah.
Mudah. Tiada teori sukar yang perlu kita hafal. Tiada penggunaan kalkulator untuk menyelesaikan alasan yang diberikan. Tidak perlu bersusah payah menaiki gunung, meredah hutan, mengembara jauh-jauh untuk menutup aurat. Hanya beberapa langkah, kita semua telah menutup aurat….=)))
INDAHKAN ISLAM??? Semua perintah yang disyariatkan semata-mata untuk memudahkan dan menyelamatkan hidup manusia.
http://serikandislam.blog.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan