Kita
hendaklah banyak beristighfar dengan mengingatkan Allah subhanahua
ta'ala sambil mengingatkan dosa-dosa kita yang begitu banyak. Begitu
banyak dosa-dosa yang kita buat siang dan malam, jadi kita kena
beristighfar dengan penuh menyesal, sentiasa merendah diri kepada Allah,
penuh menyesal dan bertaubat kepada Allah ta'ala.
Sesiapa
yang melazimi istighfar kepada Allah ta'ala, sentiasa beristighfar
kepada Allah ta'ala, Allah s.w.t. akan bagi jalan keluar kepadanya dari
segala masalah, dan Allah akan hilangkan segala kesusahan-kesusahannya,
segala perkara yang menyebabkannya susah hati Allah ta'ala akan
hilangkannya.
Dan Allah
ta'ala akan memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak
sangka-sangka. Dan dosa yang lebih besar yang bukan saja bercakap
bohong, mencuri bahkan dosa yang menyebabkan dosa-dosa lain berlaku
ialah dosa meninggalkan kerja dakwah. Kerja dakwah ini bukan bermakna
beri ceramah sana-sini atau tazkirah dalam masjid itu atau ini. Kerja
dakwah yang paling mudah ialah menyeru manusia kepada kebaikan, mengajak
manusia supaya datang berjemaah dalam masjid. Mementingkan diri sendiri
bermakna pergi-balik kemasjid tanpa menghiraukan orang lain yang tidak
datang bke masjid. Kerja ini jikalau ditinggalkan bermakna kita
melakukan dosa besar juga kata ulamak.
Dengan
dosa meninggalkan kerja dakwah ini akan menyebabkan dosa-dosa lain mudah
berlaku. Dosa ini pun kita perlu beristighfar dan banyak bertaubat
kepada Allah ta'ala. Allah Maha Pengampun dan Allah pasti akan ampunkan
dosa kita.
KIsah
istighfar ini disini Tok Wan nak cedok sikit dari sejarah silam yakni
kisah Imam Ahmad ibni Hambar rah.a. pada suatu hari dia telah sasar dan
telah singgah pada suatu tempat dan berhasrat untuk pergi ke sebuah
masjid. Oleh kerana hari telah lewat malam maka Mutawalim (Pengerusi
atau orang bertanggung jawab keatas masjid) Masjid tidak membenarkan dia
tidur dalam masjid, kalau nak sembahyang atau lain-lain ibadat yang
lain dibenarkan.
Lalu
Imam Ahmad dihalau keluar dari masjid. Ketika Imam Ahmad keluar dari
masjid lalu seorang lelaki yang rumahnya berhampiran dengan masjid
melihat Mutawalim menyuruh orang itu keluar dari masjid dan orang lelaki
itu nampak orang yang dihalau keluar dari masjid itu seperti seorang
yang solleh yang sudah pasti tak dapat beribadah dalam masjid dan tak
dapat tidur di masjid lalu orang itu telah menemui Imam Ahmad dan
mempersilakan Imam Ahmad datang beribadah dalam rumahnya dan tidur di
rumahnya.
Imam
Ahmad memerhatikan amalan tuan rumah ini yang sentiasa beristighfar
kepada Allah s.w.t. Sambil nak bangun dia beristighfar, waktu nak duduk
dia beristighfar, waktu berjalan pun dia beristighfar kepada Allah.
Sewaktu melakukan sesuatu pekerjaan pun tuan rumah ini sentiasa
beristighfar kepada Allah s.w.t.
Maka Imam
Ahmad rah.a. bertanya kepada lelaki tuan rumah tempat dia menumpang
itu.'Kamu banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. cuba kamu bagitahu
kepada saya apakah faedah-faedah yang kamu dapat.' Kata Imam Ahmad
rah.a. kepada lelaki itu.
Dengan
rendah-hati lelaki itu menjawaa bahawa dengan banyak beristighfar kepada
Allah s.w.t. maka segala permohonan aku Allah perkenankan. Aku minta
apapun Allah bagi. Cuma satu saja lagi yang aku minta kepada Allah dan
Allah ta'ala belum bagi.
'Apakah
perkara yang Allah belum bagi itu?' Tanya Imam Ahmad rah.a. kepada
lelaki tuan rumah itu. 'Aku dengar ada seorang Alim Besar dan terkenal.
Aku berhasrat nak berjumpa dengannya, nak ziarah dia. Sudah lama aku
berdoa kepada Allah 'Wahai Allah temukanlah aku dengan Imam Ahmad ibni
Hambar rah.a.' namun sehingga sekarang aku belum dapat berjumpa dengan
ortang itu.
Lalu Imam
Ahmad rah.a. berkata kepada lelaki itu. 'Dengan berkat doa kamu itulah
aku berada dalam rumah kamu dan akulah Iman Ahmad yang kamu nak jumpa
itu, Allah telah hantar aku kedalam rumah kamu.'
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan