1. Russian Mafia
Russian Mafia yang berakar di Russia ini memiliki pengaruh di seluruh
dunia. Organisasinya diwakili oleh 100,000 hingga 500,000 anggota.
Mereka terlibat dalam berbagai jenayah terancang di negara-negara
seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia dan banyak lagi.
Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman dengan menggunakan
identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka meliputi perdagangan
dadah dan senjata api, pengeboman, penyelundupan, pornografi, penipuan
internat dan lain-lain lagi. Salah satu peraturan mereka adalah "tidak
akan bekerja sama dengan pihak berkuasa".
Jika
ada anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis,
mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana
akan membunuh sesiapa sahaja dengan apa jua sebabnya.
2. Sicilian and American Cosa Nostra
Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan yang
masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di Itali.
Walaupun masih berusia "muda", mafia ini memiliki kemampuan yang hebat
dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri. Aktiviti
mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan senjata.
Anggota mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga 4,000
orang. Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan dengan
pihak-pihak lain diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi biasanya
harus menyelesaikan satu tugas yang diberikan kepadanya sebelum diterima
masuk, selalunya mereka akan ditugaskan untuk membunuh seseorang bagi
membuktikan kelayakannya. Setiap anggota organisasi harus mengikuti
peraturan untuk tidak membocorkan mengenai organisasi.
3. Colombian Drug Cartels
Colombian Drug Cartels ditubuhkan bagi mengawal perdagangan dadah.
Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi ini juga memiliki
banyak sokongan dengan dunia politik, tentera dan golongan elite secara
rahsia. Kumpulan kartel utama yang ada di Colombia diantaranya adalah
the Cali Cartel, Medellin Cartel dan the Norte del Valle Cartel.
Organisasi ini juga terlibat dalam berbagai jenayah penculikan dan
pengganas.
4. Chinese Triads
Chinese Triads terdiri dari berbagai organisasi jenayah yang bertumpu di
China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapore, dan selainnya. Mereka
juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver dan juga San
Fransisco. Aktiviti jenayah mereka meliputi perompakan, pembunuh upahan,
pedagangan dadah, pemerasan, lintah darat dan banyak lagi. Organisasi
ini bermula pada abad ke-18 dan asalnya bernama Tian Di Hui. Walaupun
kekuatan organisasi ini terus meningkat, namun jenayahnya semakin
berkurang. Organisasi ini setidaknya memiliki 30,000 anggota aktif.
Organisasi ini juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China.
5. Japanese Yakuza
Japanese Yakuza adalah kumpulan organisasi jenayah yang berasal dari
Jepun, sering menggunakan ancaman dan pemerasan bagi mencapai tujuan
mereka. Organasasi ini dipercayai ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari
kelingking yang dipotong merupakan tanda keanggotaan organisasi ini.
Kadang-kala pemotongan jari adalah sebagai tawaran kepada pemimpin
kumpulan sebagai tanda permohonan maaf. Sebahagian anggota mafia ini
memiliki tatu di seluruh bahagian badan. Mafia ini memiliki sekurangnya
110,000 anggota aktif yang berasal dari 2,500 keluarga. Aktiviti mereka
meliputi perlindungan terhadap kumpulan, pengimport material pornografi
yang tidak ditapis dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang
asing.
6. Mexican Mafia
Mexican Mafia merupakan kumpulan dalam penjara yang sangat kuat di
Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi
melindungi para tahanan (anggota kumpulan) dari tahanan lainnya atau
dari petugas penjara. Kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemerasan dan
perdagangan dadah. Sehingga kini organisasi ini setidaknya memiliki
30.000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Anggota kumpulan ini
biasanya menunjukkan tatu yang serupa iaitu bendera Mexico di atas
lingkaran dan pisau bersilang yang terbakar. Dilaporkan bahawa terdapat
150 anggota yang berada di dalam penjara yang memiliki kuasa untuk
memerintahkan pembunuhan dan terdapat tidak kurang 2.000 kumpulan di
luar penjara yang bersiap sedia untuk melaksanakan perintah tersebut.
Mereka jua memaksa kumpulan lain yang lebih lemah untuk membayar wang
perlindungan, bagi yang menolak akan dibunuh.
7. Israeli Mafia
Israeli Mafia beroperasi di banyak negara dengan pelbagai aktiviti
seperti perdagangan narkotik dan dadah serta perlacuran. Dahulu mafia
ini dihormati dan dikenali kerana perlindungannya, namun sekarang
dikenali sebagai sangat bengis dan tidak akan berfikir dua kali untuk
melakukan pembunuhan. The Russian-Israeli Mafia telah memasuki ke dalam
seluruh bahagian sistem politik di Amerika Syarikat.
8. The Serbian Mafia
The Serbian Mafia beroperasi lebih dari 10 negara, termasuk Jerman,
Amerika Syarikat, England, dan Perancis. Mereka terlibat dalam berbagai
aktiviti seperti perdagangan dadah, penyeludupan, pembunuhan,
perlindungan jaringan, perjudian, dan pencurian informasi. Mafia ini
memiliki oleh kumpulan utama disebut Vozdovac, Surcin and Zemu yang akan
mengatur kumpulan yang lebih kecil. 30-40% kumpulan mafia ini berada di
Serbia.
9. The Albanian Mafia
The Albanian Mafia terdiri dari kumpulan organisasi kriminal yang
bertapak di Albania. Kumpulan mafia ini juga aktif di Amerika Syarikat
dan di negara-negara Eropah. Dilaporkan bahawa The Albania Mafia telah
melebarkan jaringannya hingga ke peringat antarabangsa sejak tahun
1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di Albania sendiri bermula sejak
abad ke-15. Di Amerika Syarikat dan England, organisasi ini memiliki
jaringan perdagangan dadah dan seks. Mereka dikenali mudah untuk
melakukan kekerasan sebagai membalas dendam atau sebagai ancaman.
10. Jamaican - British Yardies
Jamaican-British Yardies adalah kumpulan berasal dari Jamaica yang
berpindah ke England pada tahun 1950-an. Mereka terlibat dalam berbagai
bentuk kekerasan berkumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka juga
mengatur organisasi jenayah seperti perdagangan ubatan terlarang dan
berbagai jenayah bersenjata lainnya. Kelompok mafia ini belum mencuba
untuk memasuki sistem perhukuman, oleh kerana itu Yardies dianggap
kurang berpengaruh berbanding kumpulan mafia lain. Dalam setiap
jenayahnua, kumpulan ini menggunakan senjata api, yang merupakan senjata
yang dikawal ketat oleh kerajaan British.
selongkar10
Malaysia ade pengikut yg sampai 90K dan ada sampai 70K..tapi kenapa x termasuk gangster top ten..??
BalasPadam