Khamis, 10 Oktober 2013

Falsafah Buah-buahan - Sesuai DiBaca


Share
Asslammualaikum, hari ini admin nak berkongsi tentang falsafah buah-buahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita.

buah-buahan 1

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.

Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
 
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
 

2. Jadilah Pokok pisang.

Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.

Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.

Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.

Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.

Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.

Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.

Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.

Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah cili

Semakin tua semakin pedas.

Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.
mediaserius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...