Anda
mengalami tekanan di tempat kerja? Atau cuaca yang panas membuatkan
anda berasa tertekan? Jangan risau. Makanlah makanan yang boleh
membebaskan anda daripada stres seperti senarai di bawah:
Oren
Kajian
dari German menunjukkan bahawa vitamin C membantu untuk mengurangkan
tekanan dan membuatkan tekanan darah menjadi normal semula. Vitamin C
juga dikenali untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
Kentang
Kentang
boleh mengurangkan stress kerana ia memuaskan keinginan anda untuk
mendapatkan karbohidrat dan kemanisan apabila anda berada di bawah
tekanan yang berlebihan. Kentang penuh dengan 'betacarotene' dan
lain-lain vitamin serta fiber yang membantu badan anda untuk memproses
karbohidrat dalam proses yang mantap.
Aprikot kering
Buah aprikot kaya dengan magnesium yang mana dapat mengurangkan tekanan dan boleh mengendurkan otot secara semulajadi.
Almond, pistachio & walnut
Kacang
almond penuh dengan vitamin B dan E dapat membantu meningkatkan sistem
imunisasi. Manakala walnut dan pistachio membantu untuk menurunkan
tekanan darah.
Ayam belanda
Daging
ayam belanda mengandungi amino asid yang juga dipanggil 'L-trytophan'.
Amino asid ini juga melepaskan serotonin, satu bahan kimia yang baik
untuk otak. Inilah sebabnya orang berasa sangat tenang selepas makan
daging ayam belanda.
Bayam
Kekurangan
magnesium dalam badan boleh menyebabkan migrain dan rasa keletihan.
Satu cawan bayam memberikan 40 peratus magnesium yang anda sememangnya
perlu dalam badan.
Salmon
Ikan
salmon mempunyai asid lemak Omega 3 yang tinggi yang mana boleh
membantu menangani penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3
menyimpan hormon tekanan daripada memuncak.
Avokado
Lemak
tidak tepu dan potassium yang ada dalam buah avokado membantu untuk
mengurang tekanan darah dalam badan. Potassium yang cukup dalam badan
boleh mengurangkan tekanan darah dan tahukah anda, avokado mempunyai
lebih potassium berbanding pisang?
Sayur-sayuran hijau
Brokoli, sawi dan sayur-sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan anda di kala stress.
orang muo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan