Sejak dahulu kala lagi manusia sudah berkomunikasi dengan pertuturan
bahasa atau bahasa isyarat tangan. Di masa kini ada begitu banyak sekali
bahasa, namun ternyata masih ada yang menggunakan cara yang unik untuk
bercakap antara satu sama lain.
Sebuah desa kecil yang berada di Turki menggunakan ' bahasa burung '
alias berkicau untuk berkomunikasi dengan penduduk kampung yang letaknya
jauh. , nama desa kecil itu ialah "Kuskoy" , mereka menggunakan suara
yang seperti kicauan burung untuk berkomunikasi untuk jarak jauh.
Desa Kuskoy yang berada di pergunungan dan jarak antara satu rumah dengan rumah lain agak jauh. Kerana itulah, mereka perlu mempunyai cara berkomunikasi yang berkesan kerana apabila di malam hari tidak membolehkan untuk mereka saling berkunjung ke rumah satu sama lain.
Desa Kuskoy yang berada di pergunungan dan jarak antara satu rumah dengan rumah lain agak jauh. Kerana itulah, mereka perlu mempunyai cara berkomunikasi yang berkesan kerana apabila di malam hari tidak membolehkan untuk mereka saling berkunjung ke rumah satu sama lain.
Orang Kuskoy menyebutnya " bahasa burung " atau kus dili . Istilah ini membuat desa Kuskoy disebut sebagai Desa burung. Cara berkomunikasi yang unik ini diciptakan lebih dari 400 tahun yang lalu.
Bagaimana cara mereka berkomunikasi dengan bahasa unik ini? Penduduk desa Kuskoy mengubah kata- kata dari bahasa Turki menjadi siulan burung. Seperti kod morse! Mereka merasakan bahawa menggunakan bahasa siulan burung ini lebih berkesan dan menjimatkan suara mereka daripada berteriak - teriak atau berjalan naik turun gunung.
Namun kini , bahasa siulan burung ini mula hilang kerana sejak ada elektrik, penduduk tidak takut lagi berjalan pada malam hari atau berkumpul bila ada kepentingan. Remaja di Kuskoy pun lebih banyak yang meninggalkan desa . Untuk menjaga bahasa siulan burung ini agar tidak pupus, setiap tahun diadakan Festival Kuskoy . Festival ini acaranya adalah berkomunikasi dengan bahasa siulan burung.
Festival unik ini menarik banyak perhatian dan diikuti oleh sekurang-kurangnya 2000 orang setiap tahun . Ternyata dalam hati setiap penduduk Kuskoy , merindukan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa unik ini. Pasti anda perasaan ingin tahu bagaimana penduduk Kuskoy berkomunikasi dengan bahasa siulan burung.
lihat video ini!
http://dairishare.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan