Jumaat, 4 Oktober 2013

Resepi Sihat - Capati & Kuah Dal


Bahan-bahan:

600 gm tepung atar
2 sudu besar marjerin
Air suam
Garam



Cara Menyediakan:

1. Gaul ramas tepung dengan marjerin hingga menjadi serbuk.
2. Tuangkan air bercampur garam sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang tidak terlalu keras atau lembik agar mudah dicanai.
3. Perap selama 2 jam kemudian bahagikan doh menjadi ketulan kecil. Canai setiap doh menjadi kepingan nipis.
4. Panaskan kuali leper, sapukan sedikit minyak dan letakkan capati yang telah dicanai. Sentiasa tekan dengan kain kering yang bersih supaya capati tidak menggelembung.
5. Angkat apabila sudah keperangan dan hidangkan bersama kuah dal.

Kuah Dal

Bahan A:
150 gm kacang dal
2 biji ubi kentang
1 ulas bawang putih
2 cm halia
5 biji cili padi
Garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak
Sedikit air asam

Bahan B:
1 sudu besar rempah campuran
3 ulas bawang merah - dihiris
5 cm kayu manis
Sedikit bunga lawang
1 sudu besar serbuk cili
2 tangkai cili kering - dipotong
Minyak sapi & minyak masak
Daun kari

Bahan C:
1 batang lobak merah
1 biji terung
7 batang kacang buncis
2 biji tomato

Cara Menyediakan:

1. Rebus kacang dal, kentang, bawang putih, halia, cili padi, garam dan serbuk kunyit. Setelah kacang empuk masukkan lobak, terung, kacang buncis dan tomato. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan semua sayur empuk sedikit.
2. Bahan B - panaskan minyak, tumis kayu manis, bunga lawang dan rempah campuran, bawang, cili kering, daun kari dan serbuk lada hingga naik baunya. Tuangkan bahan B ke dalam bahan A yang telah direbus. Kacau sebati.
3. Jika suka rasa kuah lemak sedikit, anda boleh tambah santan.
saji online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...