Isnin, 14 Oktober 2013

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!

Assalamualaikum

Orang lain sibuk buat preparation nk raya, kita sibuk bagi resipi kan. Takpe, sebagai panduan bagi mereka yang berniat nak buat Rendang Daging di pagi raya tapi takut tak jadi. Dok cari2 kat encik google jumpa resipi yang banyak step n memeningkan 

Malam tadi saya saje try buat dalam 1kg daging. Alhamdulillah, menjadi! Siyes wehh tak sangka jadi. First attempt dan rasa die sangat memuaskan hati. Pendek kata sedap la. Huahuahua. Tak tipu ni. 

En suami pon masa mula2 rasa terkejut sebab saya dok kata tak pandaila, takut tak jadi la, tetiba bile buat die kata sangat sedap! Tinggal bape ketul je daging tu pagi ni....he ...he...

 


 
Rendang Daging Mudah dan Sedap





Bahan-bahan

1kg daging batang pinang (tak perlu rebus dulu sebab daging ni memang dah lembut)




3 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
(dalam picture tak cukup bawang sebab tambah last minute)

*ricih dan blend bahan2 kat bawah ni sampai hancur.




Hancur sampai jadi macam ni:




Cili mesin (sama banyak macam bahan blend tadi)




1 paket kerisik (if nak sedak2 die banyak, taruk lebih la kerisik)




Gula Melaka (hiris sikit n sesuaikan rasa ngan rendang)
Garam
Daun Kunyit (ricih)


Cara-cara Membuatnya


1.  Tumis bahan-bahan blend tadi sampai naik bau.







2.  Masukkan cili mesin dan masak dengan api perlahan. Bagi cili tu masak betul. Kalau tak, bole sakit perut oiiii





3.  Bila agak-agak dah masak cili tu, masukkan daging tadi dan kacau.




4.  Masukkan santan cair (pati santan + air) dan kacau.




5.  Biar sampai mendidih. Bagi daging masak.


*saya punya kuah ni terlebih lak rasanye. macam bole wat utk 2kg daging. so saya keluarkan yang lebih tu n simpan peti ais. Esok bole masak balik ngn daging cuma tambah pati santan, kerisik n daun kunyit je.


6.  Masukkan pati santan. Kacau seketika. Pastu masukkan kerisik dan perasakan dengan gula n garam.




7.  Masukkan daun kunyit n kacau sebati.





SIAP!!!!!!!


Boleh hidang n makan ngan lemang or nasi impit. Selamat mencuba! (^_^)







Nasihat saya, jangan  mengalah sebelum mencuba. Saya dari dulu dok kata tak reti wat rendang. Susah. Takde inisiatif langsung nak buat. Tapi bila dah kawin ni automatik rasa nak mencuba tu ade. Sebab dah ade orang yang kita kena jaga kan. Alhamdulillah rasa nak memasak tu kuat setelah kawin. Ngeee~
 http://puteriayudehearty.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...