Isnin, 14 Oktober 2013

Tips Untuk Mengikis Sifat Keegoan Dan Pemikiran NEGATIF

Sebenarnya jarang diantara kita perasan bahwa dirinya itu ego dan mempunyai pemikiran negatif sehingga ada orang mengatakan beliau seumpama itu baru dia ketahui, itu pun kalau ianya menerima. Seandainya kita memiliki perkara seperti dibawah ini pastilah kita tergolongan diantara mereka yang mempunyai sifat keegoan dan pemikiran negatif.
 

1. Jangan memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

2. Jangan memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Jangan cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi, benda, atau perkara.

4. Jangan mudah atau suka komen, mengutuk, mengkritik, dan hentam belakang.

5. Jangan suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga

6. Kita tidak pernah terfikir untuk berasa bersyukur.

7. Jangan bersikap sukar sangat meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.

8. Jangan asyik ingat orang yang pernah berbuat salah pada diri anda.

9. Jangan banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.

10. Jangan suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

11. Jangan mudah sakit hati melihat orang lebih berjaya dibandingkan diri anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju daripada anda. Itu hati busuk namanya.

12. Jangan mudah menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar anda, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.

13. Bercakap biarlah berlapik, jangan cakap ikut hati atau emosi.

14. Anda mahu orang lain menghormati anda, tetapi sukar sekali untuk anda menghormati pendapat orang lain. Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
aku anak pahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...