Apa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah benar sepertimana firman
Allah, Fir’aun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan kerana
mendustakan ayat-ayat Tuhannya.
Kini kebenaran ayat Al-Quran tersebut dibuktikan apabila sebuah bandar di dalam air di temui selepas 1500 tahun.
Bandar purba itu ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh
seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa
peninggalan barangan purba. Penemuan itu membawa mereka kepada salah
satu penemuan terbesar dalam abad ke-21.
Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang
Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh
Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini.
Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi
dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.
Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit
merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26
Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.
Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar
tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi
kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi
haiwan mumia.
Jom lihat gambar-gambar menarik penemuan di bawah:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan