Berikut beberapa faktanya:
1. Air hujan dikatakan antara penyebab masalah keguguran rambut. Ini
berlaku disebabkan, air hujan mengandungi bahan pencemaran dan zat
berbahaya yang ada di udara ketika musim kemarau. Hujan yang pertama
turun berfungsi melarutkan kotoran. Justeru, hindari hujan yang pertama
boleh merosakkan rambut.
2. Selepas air hujan cukup lama turun, maka kandungan bahan dan kotoran lainnya sudah mulai larut. Air hujan adalah bentuk air bersih dan tidak menjejaskan kesihatan rambut. Jika anda memiliki masalah dengan rambut, bilas dengan air hujan dan ia lebih baik daripada menggunakan air yang mengandungi zat kimia lainnya.
3. Memetik dari Rainwater Connection, air yang turun dari langit dikatakan memiliki kadar neutral pH yang hampir sempurna, bebas garam dan mineral yang boleh memberi kesan kepada rambut. Jika disaring dengan baik, air hujan menjadi paling semula jadi digunakan untuk mencuci rambut. Keneutralan yang dimiliki air hujan tidak akan membuat rambut menyimpan bahan sisa daripada syampu yang anda gunakan, sehingga proses pencucian menjadi maksimum..
4. Air hujan juga dipercaya dapat membuat rambut yang mengembang secara semula jadi dan menjadikan teksturnya lebih lembut. Zaman dulu, masyarakat menggunakan air hujan sebagai perapi. Caranya, ramas dengan syampu dan perapi lalu bilas dengan air hujan untuk hilangkan kotoran pada rambut. Air hujan yang dingin dapat membantu proses pelembapan rambut.
5. Rambut yang basah akibat air hujan cenderung kering lebih lama. Oleh itu, segera keringkan rambut yang basah terkena air hujan. Jika tidak, keadaan rambut yang basah akibat hujan akan membuat akar rambut lemah dan menyebabkan gugur.
berita harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan