Di dalam era berkembangnya ilmu
pengetahuan yang begitu pesat, para ilmuwan berlumba-lumba dalam
membangunkan ciptaan terbaharu mereka. Sehinggalah membuat pelbagai
penyelidikan dan penelitian demi mencipta sesuatu.
Salah satu penelitian yang paling banyak
dilakukan adalah yang mengambil manusia sebagai bahan uji-kajinya.
Sehingga, beberapa fakta menarik yang ditemui hasil daripada uji-kaji
tersebut.
Malangnya, penyelidikan yang dilakukan
oleh para ahli pengkaji tersebut, diselaputi noda hitam. Hal ini berlaku
kerana adanya para pengkaji yang menyalah gunakan ilmu yang dimilikinya
tanpa menghiraukan kesannya kepada manusia.
Mereka sering menggunakan manusia
sebagai bahan uji-kaji dan secara terang-terangan menyeksa mereka.
Diantaranya adalah seperti berikut;
1. Sigmund Freud dan Emma Eckstein
Sigmund
Freud sudah sering kali menjadi sasaran kritikan disebabkan oleh kajian
yang dilakukannya keatas Emma Eckstein. Freud disyaki telah merosakkan
hidup perempuan yang menjadi pesakit tersebut dengan cara melakukan
penyelidikan yang amat mengerikan.
Masalah yang dihadapi oleh Emma Eckstein
adalah kitaran haidnya yang menyakitkan. Freud menganggap bahawa
kitaran haid pesakit, ada hubung kait antara penyakit tersebut dengan
hidung milik Emma.
Disebabkan itu, hidung Emma Eckstein
kemudiannya dipotong dengan tujuan untuk menghilangkan penyakit dalam
menstruasinya. Malangnya, penyakit tersebut bukan sehaja tidak sembuh
tetapi juga telah mengakibatkan hidung Emma bertambah sakit sehingga
membusuk.
2. Muzafer Sherif
Muzafer Sherif adalah seorang ahli
psikologi pada awal tahun 1950-an. Dimana ia tertarik dengan isu
perkembangan emosional seseorang, seperti konflik yang dialami oleh dua
individu.
Dia kemudian mengajak 22 pelajar berusia
11 tahun ke dalam sebuah khemah yang sebenarnya adalah makmal
observasinya. Di sana, 22 pelajar itu dibahagikan kepada dua kelompok
yang saling benci membenci, bagi tujuan penyelidikannya.
Akhirnya, Beliau tidak menemui apa-apa
hasil daripada kajian tersebut. Namun, apa yang menariknya, responden
atau pelajar-pelajar yang dijadikan sebagai sampel kajian, saling
berdendam dengan pelajar-pelajar yang lain. Yang mana sifat dendam dalam
diri pelajar tersebut, sukar untuk diubati. Tetapi kenyataannya, dendam
itu timbul akibat daripada penyelidikan tersebut.
3. Chester Southam
Chester Southam memulakan penelitian mengenai kanser pada tahun 1960-an. Dimana beliau telah menyuntikkan sel kanser hidup pada seorang sukarelawan di Ohio State Penitentiary. Sel kanser ini sendiri tidak terlalu ganas kerana ianya sudah dilemahkan.
Tidak puas dengan hasil penelitian itu,
beliau kemudian mencuba ke arah yang lebih ekstrem dengan menyuntikkan
sel kanser ganas pada orang-orang tua di Jewish Chronic Disease
Hospital, tanpa meminta persetujuan daripada pihak hospital tersebut.
Setelah 22 suntikan dilakukan,
orang-orang tua di hospital tersebut, kemudian jatuh sakit secara
tiba-tiba, menyebabkan doktor yang bertugas di hospital kebingungan,
kerana tidak mengetahui punca sebenar mengapa kejadian itu berlaku
secara tiba-tiba.
Setelah diteliti, tiga doktor telah
menyatakan bahawa, Chester Southam adalah salah seorang mangsa yang
telah terselamat dari penderaan Nazi sehingga menyebabkan beliau
menyimpan dendam dan ingin membalasnya dengan cara menyuntikkan sel
kanser hasil ciptaanya.
4. Eugene Saenger
Eugene Saenger disebut dan dikenali
sebagai perintis dalam rawatan nuklear kerana penemuannya. Namun,
sebenarnya ramai yang masih tidak tahu bahawa beliau adalah salah
seorang saintis yang berhati busuk.
Eugene Saenger disyaki telah diupah oleh Pentagon untuk menghasilkan penawar kesan sinaran nuklear pada manusia.
Akibatnya, para sukarelawan yang
bersedia untuk menjadi bahan eksperimen tidak diberikan penjelasan
dengan baik, tentang risiko ujian tersebut sehingga menyebabkan kesemua
responden menemui ajalnya. Sedangkan beliau tahu bahawa kesan radiasi
nuklear terhadap manusia boleh membawa maut.
5. Lauretta Bender
Lauretta Bender adalah seorang
neuropsikiatri di Bellevue Hospital pada tahun 1940-an. Dia merupakan
orang pertama yang mencadangkan terapi kejutan elektrik pada kanak-kanak
kecil.
Terapi kejutan ini sangat menyakitkan
dan memberikan masalah baru pada kanak-kanak kecil tersebut. Apabila
dewasa, kanak-kanak autistik tersebut memang boleh berlaku normal, namun
mereka sering melakukan tindakan jenayah seperti, bunuh diri, atau
menghancurkan hidupnya.
Fakta hitam terungkap setelah para anak
yang diberikan terapi akhirnya membuka rahsia dimana, Mereka mengaku
diseksa dan dipaksa tersenyum semasa menjalani terapi yang menyakitkan
itu.
Mereka sering disetrum hingga pengsan dan kejang-kejang. Akibatnya, banyak anak autis tersebut menderita skizofrenia teruk.
http://teknoderas.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan