Selasa, 1 November 2011

Ambulan terbesar di dunia

Ambulan terbesar di dunia ada di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dan ia diiktiraf  oleh Guinness Book of Records sebagai Ambulan Terbesar dan Terpanjang didunia. Mana taknya, kalau dah modified bas jadi ambulan.  Cuba modified kapal terbang plak jadi ambulan, kompom  boleh pecah rekod ni.
Dan satu lagi keunikan ambulan in adalah ia mempunyai x-ray terkecil di dunia. Ambulan ini yang lebih panjang dari 20 meter boleh menampung lebih daripada 45 orang yang cedera dalam satu-satu masa dan ruang operasi meliputi dua kawasan iaitu Bilik rawatan intensif dan Kes Perubatan Menengah.
Ambulan ini juga diawasi menggunakan satelit dan ia dihubungkan terus ke bilik kecemasan di hospital menggunakan internet. Kos untuk menyiapkan ambulan ini adalah sebanyak 2 juta dolar dan dihasilkan di bandar Frankfurt, Jerman


http:// baca-blogspot.blogspot.com










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...