Khamis, 3 November 2011

Antara 1.11.11 & 11.11.11

Oleh Ustaz Saiful Bahri


Alhamdulillah dengan keadaan cuaca yang memberangsangkan, MTD Dun Paka berjaya menganjurkan program dakwah bersama selebriti yang diundang khas untuk bersama dengan masyarakat sekitar Paka.

Program bertarikh 1.11.11 itu bermula selepas asar di Pekan Ketengah Jaya kawasan Felda. Meskipun hanya tempat yang kecil dan sempit dan hujan yang rintik-rintik, tetapi itulah ruang yang ada dan dibenarkan buat Pas sebagai sebuah parti pembangkang di Terengganu meskipun berada dinegara Malaysia yang melaungkan sistem demokrasi. Diwarung Mak Siti dan disitulah medan untuk mengadakan program santai sambil minum petang bersama dengan selebriti Iwan Syahman & Bob Lokman. Sambutan amat menggalakkan apatah lagi kawasan felda adalah kawasan cagaran bagi Umno-BN.

Bob Lokman juga mengulas tentang waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh pihak Jais setelah ensiden larangan Bob Lokman selepas memberi ceramah di Masjid hulu Selangor. Hari yang sama juga seorang selebriti veteran iaitu Datuk Ahmad Jais juga meninggal. Yelah setiap manusia akan meninggal samada Bob sendiri mahupun pegawai Jais sendiri. Sama seperti Datuk Ahmad Jais… persoalannya apakah kita semua lepas daripada pertanggungjawaban dihadapan Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Pelik jugak pihak Jais sibuk dok nak tangkap orang yang membuat kerja dakwah tetapi yang bertentangan dengan Islam dibiarkan macam tu aje. Nampak sangat Jais kini menjadi terompah kepada Umno-BN. Di Terengganu dahulu pun kita ada pengalaman sebab ramai kakitangan yang diambil dari kalangan anak-beranak mahupun kerana penyokong Umno-BN. Cuma di Terengganu mereka tidak dapat menggunakan isntitusi diraja.

Selepas magrib Bob memberi ucapan di Surau Taman Rakyat di Dungun manakala Iwan berbual dan berkongsi pengalaman ‘hijrah’ beliau di Surau Felda Kerteh 3. Sedikit sebanyak pengalaman, perjalanan dan catatan diari kehidupan dapat menyuntik keinsafan agar kita memanfaatkan sisa-sisa kehidupan yang ada untuk berbakti dijalan Allah Swt.

Dengan cuaca yang terang, hembusan angin segar di pesisiran Pantai Paka, diadakan Konsert Dakwah alternatif serta Talk show bersama dengan Iwan dan Bob. Selingan tazkirah oleh Ust Azman Syapawi memantapkan lagi program yang berlainan dengan konsert-konsert lain yang pernah dianjurkan.


Kehadiran ramai para pengunjung bersama keluarga maupun anak-anak muda yang terhibur serta terisi minda mereka dengan hiburan dan tazkirah meskipun persiapan, maupun persekitaran yang semampu disediakan dengan kapasiti persendirian. Apapun diucapkan tahniah kepada petugas yang memberikan yang terbaik.

Ditarikh yang sama, PM & Kak Rosmah nampaknya dan mendarat di Tanah Haram untuk memulakan ibadah haji beliau. Meskipun PM masih lagi bersongkok dan Kak rosmah dengan rambut jambulnya, semoga pulang nanti… kok2 Najib boleh berkopiah maupun berserban. Kalau takpun paling kurang ada perubahan dengan Kak Rosmah mula berjilbab dan menutup aurat yang sempurna.

Cuma semasa ditanah haram, akan turunkah ilham buat PM tentang tarikh pilihanraya? Dengan semua pihak SPR, pihak polis serta jabatan kerajaan yang telah siap sedia untuk mengadakan pilihanraya, adakah pulang dari haji nanti tarikh 11.11.11 akan diumumkan sebagai tarikh pilihanraya? Tarikh yang cukup rahsia yang sentiasa menjadi teka-teki dan tarikh kaki judi berjudi. Yelah… Malaysia sebagai Negara maju, yang tarikh pilihanraya masih lagi menjadi milik parti pemerintah.

Dengan bulan November & Desember, musim raya korban, musim pelajar yang menghadapi peperiksaan, musim tengkujuh yang mula nak bermula, musim hujan dan mungkin banjir yang akan melanda, musim PM nak buat kenduri kahwin, musim Krismas nak beraye, musim perhimpunan agung Umno, musim cuti yang masing2 sibuk kenduri-kendara, musim sibuk nak masuk sekolah, musim nak raye cina lagi… apakah dengan kepadatan waktu begini PM akan mengumumkan tarikh pilihanraya? Atau selepas raye cina diawal February lebih selesa dan tarikh cantik dengan 11.11.11 akan berlalu begitu sahaja…!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...