Rabu, 16 November 2011

Bajet 2012 cuba elak defisit bajet

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengambil kira untuk tidak meningkatkan Bajet 2012 bagi mengelak defisit bajet yang besar serta membebankan di masa hadapan. Ini berdasarkan beberapa pengalaman keruntuhan ekonomi akibat defisit kewangan yang dijadikan iktibar.

Bagi tahun 2012 prospek ekonomi global tidak menentu mengambil kira suasana di beberapa negara yang membimbangkan serta ditambah dengan kelempaban ekonomi negara maju dan tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak dan krisis hutang yang melanda beberapa negara Eropah yang mana kerajaan Kedah menjangka kesan negatife akan menimpa kapada ekonomi dunia secara keseluruhan.

Oleh yang demikian  dalam Ucapan bajet 2012 Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, berdasarkan senario seperti ini maka kerajaan menjangka akan berlaku pertumbuhan ekonomi pada kadar yang sederhana.

“Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos sara hidup di kalangan rakyat negeri ini melalui usaha menghasilkan bahan-bahan makanan,” katanya.

Katanya, kemasukan pelaburan dalam bidnag pembuatan untuk beberapa tahun ini menunjukkan trend yang konsisten.  Ini berdasarkan jumlah pelaburan  diterima pada tahun 2009 sebanyak RM1.5 bilion dan meningkat kepada RM1.96 bilion pada tahun 2010. Untuk tahun ini sehingga Ogos 2011 jumlah pelaburan sebanyak RM725 juta.

Menurutnya, jumlah ini menunjukkan pelabur khususnya pelabur asing menaruh kepercayaan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri Kedah seterusnya kerajaan akan meningkat usaha bagi lebih banyak pelabur  menerusi konsep ‘Mesra Pelabur’.

Beliau menegaskan amalan pengurusan kewangan yang cermat dan berhemah akan terus dilaksanakan.  Menurut penyata kewangan tahun 2010 kerajaan negeri mencapai surplus iaitu lebihan berbanding perbelanjaan dalam akaun kumpulam disatukan sebanyak RM22.5 juta.

Perbelanjaan berhemah ini mengambil iktibar dari ayat Quran surah Yusuf ayat 43 hingga 49 yang meramalkan mimpi Raja Mesir yang membawa maksud menyimpanlah  ketika mewah dan apabila tiba musibah hasil tidka menjadi simpanan itu boleh digunakan.

Dari aspek penghasilan baru Kedah akan mendapat royalti lumayan  sumber bijih besi di beberapa daerah. Tindakan teliti sedang dilakukan olah pihak pentadbiran tanah dan syarikat-syarikat yang terlibat.

Bajet 2012 menyediakan peruntukan RM1.008 bilion bagi melaksanakan pelbagai program yang disusun memajukan ekonomi dan memberi kesejahteraan rakyat. Dari jumlah itu sebanyak RM570 juta  adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus, RM259 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan sebanyak RM179 juta bagi perbelanjaan bekalan air.

Di bawah peruntukan mengurus sebanyak 38 peratus untuk bayaran emolument, 19 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan, 38 peratus untuk pemberian dan kenaan tetap, 2 peratus untuk pembelian asset, manakala 3 peratus untuk lain-lain perbelanjaan.


Bagi peruntukan pembangunan pula sebanyak 57.6 peratus disediakan untuk projek infrastruktur, 12.96 peratus untuk pertanian, 16.9 peratus untuk pentadbiran dan 13.84 peratus untuk kemudahan sosial.

Jumlah hasil kerajaan negeri bagi tahun 2012 dianggarkan sebanyak RM550.8 juta . Jumlah hasil dianggarkan meningkat sebanyak 5.61 peratus ebrbanding hasil tahun 2011 yang berjumlah RM521.5 juta. Kerajaan negeri yakin anggaran hasil yang ditetapkan ini dapat dicapai berikutan rekod kutipan hasil sebenar yang meningkat setiap tahun.

Prestasi kutipan hasil sebenar pada tahun 2007 adalah RM78.9 juta berbanding angagran. Kutipan hasil telah meningkat kepada 91.96 pada tahun 2010. Pencapaian ini menununjukkan dasar yang diamalkan oleh kerajaan dan kesungguhan bekerja semua kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka dengan amanah dan dedikasi.
wartakedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...