Ramai pihak yang terkejut dan mempersoalkan tindakan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) yang "tidak menutup aurat" biar pun ketika mahu menaiki pesawat untuk menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi. Gambar tersebut telah disiarkan di laman web rasmi UMNO yang dipercayai dirakamkan ketika Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak sedang melambai-lambaikan tangannya kepada orang ramai sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah sekitar jam 5.00 petang tadi. Turut mengiringi mereka berdua ialah bonda Najib iaitu Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah dan adik bongsunya Datuk Mohamed Nazim termasuk juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Turut hadir semasa mereka berlepas dari Komplek Bunga Raya, KLIA itu tadi ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan lain-lain menteri kabinet Najib.
Bukti, gambar yang diperolehi daripada laman web rasmi UMNO Online
Rosmah kelihatan melambai tangannya sambil aurat (rambut) terdedah
[Ramai yang keliru dengan apa yang disaksikan ini. Malah ramai juga yang tertanya-tanya apakah tujuan Najib dan Rosmah tunaikan ibadah haji jika hukum menutup aurat yang semudah itu pun gagal dilaksanakan. Media arus perdana dijangka akan memainkan isu mereka tunaikan haji ini secara besar-besaran bagi meraih simpati umat Islam di Malaysia supaya melihat kedua-dua pemimpin itu sudah mula insaf dan akan "kembali ke pangkal jalan". Inilah senjata yang akan digunakan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti sebenarnya. Bila orang Melayu Islam di kampung dan pendalaman melihat aksi mereka berdua, maka masing-masing akan "sejuk hati" dan akhirnya memangkah BN pada PRU ini nanti. Itulah strateginya yang diperolehi daripada beberapa orang ketua kampung (Pengerusi JKKK dan Tok Empat) di parlimen Pekan yang kini sedang menunggu Najib di Mekah. Mereka sudah di "sponsor" awal-awal lagi oleh Najib untuk tunaikan haji secara percuma pada tahun ini. Apapun, sama-sama kita mendoakan agar mereka berdua akan berubah dan kembali ke landasan kebenaran hendaknya serta memperolehi "haji mabrur" sekembali dari Mekah nanti].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan