Selasa, 1 November 2011

PAS Perlu Jadi Gerakan MASSA

Oleh  
KUALA LUMPUR – Para pendokong gerakan Islam harus memahami bahawa pendekatan ‘damai’ atau sinonimnya ‘Muwajahah Silmiah’ yang diamalkan selama ini telah memberi ruang bergerak secara bebas bagi menarik sokongan rakyat.

Sebaliknya pendekatan ‘ekstrim’ bukan sahaja tidak berjaya menjadi peneraju kepada kebangkitan gerakan massa malah akan menyebabkan parti itu tidak diterima ramai.

Menurut Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dengan katanya PAS dilihat berjaya kerana mempunyai rahsia dan identiti yang tersendiri.

Menurutnya, tarbiah merupakan faktor terpenting menjayakan gerakan dakwah manakala anggotanya harus mempersiapkan diri ke arah itu.

Beliau menambah lagi dengan katanya walaupun tarbiah mula diperkenalkan pada era Prof. Dr. Zulkifli namun ia dilihat lebih tersusun perjalanannya pada pada zaman almarhum Ustaz Hassan Syukri.

”Kita lalui sekurang-kurangnya Ustaz Hassan Syukri pimpin pada 1969. Dia bawa kaedah tarbiah Islam dan belajar di Iraq.

”Tapi sebelum itu perjuangan Ikhwanul Muslimin secara khusus dibawa oleh Prof. Zulkifli pada tahun 1963” ujarnya lagi yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau berkata demikian dalam satu forum sempena dengan Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS peringkat Kebangsaan di Taman Melewar, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata lagi kajian mendapati sekitar tahun 2000 di negeri Terengganu misalnya aktiviti dakwah telah disemarakkan di masjid dan surau purata sekitar 13 peratus sahaja yang menyokong PAS.

Justeru katanya lagi gerakan dakwah merupakan asas kepada perjuangan ini sama ada menang dalam pilihan raya ataupun tidak dan ia juga disasarkan kepada orang bukan Islam.

”Untuk peringkat ini, soal dakwah ia adalah usaha sama ada bawa orang kepada tauhid ataupun syariat.
”Kenal tauhid khusus buat orang bukan Islam, manakala kenal syariat, kepada orang Islam” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...