Selasa, 15 November 2011

Sudah kantoi tapi masih nak ugut orang!

Oleh Alhusseyn

Chef Riz tentunya tidak menyangka profil kelayakannya yang disiarkan dalam laman web Astro Ria mendakwa beliau pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai ‘Chef de Cruisine’ di Babboo dan ‘Sous Chef’ di Le Bernardin akan berlaku penyiasatan sampai ke akar umbi.

Malang baginya kerana pihak The Malaysian Insider telah menghubungi Restoran Babbo dan pihak terbabit menafikan pernah mempunyai pekerja yang bernama Mohd Nadzri Redzuawan.Maka terbongkarlah kepalsuan Chef Riz. Namun begitu, Chef Riz tetap cuba mempertahankan dan menyatakan yang dia pernah bekerja di sana.

Tetapi, Chef Riz sudah kantoi, apabila ayahnya sendiri, Chef Wan tidak mahu bersekongkol dengannya dan menyatakan kesal dengan sikapnya itu.

Mahu tak mahu, dah kantoi, terpaksalah mengaku dan minta maaf. Saya katakan Chef Riz terpaksa memohon maaf kerana sudah kantoi. Namun, kenyataan yang berupa pengakuan dan minta maaf ini tidak disiarkan oleh Malaysian Insider, menunjukan bahawa Chef Riz gagal menjelaskan kedudukan sebenar tentang dirinya kepada portal tersebut.

Kalau tidak kerana Deborah Chang yang mendedahkan kelentong Chef Riz itu, sudah tentu satu Malaysia terus menerus kena kelentong hidup-hidup.Chef Riz sepatutnya menghubungi wartawan Deborah Chang dan memohon maaf kepadanya. Chef Riz sepatutnya berterima kasih kepada The Malaysian Insider kerana telah memberikannya satu pengajaran hidup yang amat vital dalam kehidupan iaitu 'merendah diri' dan tidak perlulah nak ugut itu ini.Lihatlah perangai Chef Riz dalam kenyataannya berikut :

Insiden ini menjadi pengajaran supaya saya tidak mengulangi perkara yang sama di kemudian hari. Saya berterima kasih kepada pihak Astro kerana menerima penjelasan saya sekaligus memaafkan perbuatan saya itu. Dalam masa yang sama, saya juga memohon kepada The Malaysian Insider supaya tidak memanjang-manjang perkara ini. Saya sudah pun mengakui kesilapan. Saya rasa dimanipulasi oleh pihak berkenaan kerana sehingga kini mereka masih terus-terusan menulis tentang saya. Saya berpendapat apa yang dilakukan oleh penulis, Debra Chong itu memang busuk hati. Memang dia ada menghubungi saya semalam, tetapi saya tidak kenal dia. Dia sengaja memperbesar-besarkan perkara ini.

Ingin saya maklumkan di sini, pihak Astro tidak pernah mempersoalkan kelayakan saya dan mereka menjemput saya sebagai juri atas sebab yakin dengan keupayaan dan kebolehan saya sebagai seorang Chef. Jika Debra masih tidak menghentikan perbuatannya, tidak mustahil saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Ini kerana ada sesetengah fakta yang ditulis bukan daripada saya,” ulas Chef Riz panjang lebar selepas berjaya dihubungi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...