Ahad, 18 Disember 2011

Juara SOLEHAH musim pertama (2011)

Amie Sofia, Juara Pertama SOLEHAH

Setelah bersiaran selama 13 episod, program realiti pertama terbitan stesen TV ALHIJRAH iaitu SOLEHAH telah melabuhkan tirainya semalam apabila Amie Sofea Ahmad,25 dinobatkan sebagai juara pertama. Program SOLEHAH yang telah melakar sejarahnya sendiri berjaya mencetuskan fenomena baru apabila melibatkan peranan wanita sebagai ikon dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Segala persoalan dan teka-teki tentang siapakah yang akan memegang takhta juara, naib juara dan tempat ketiga telah terjawab di dalam episod akhir Solehah yang diadakan secara langsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur, malam tadi.

Diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, Prof Madya Dr Mariani Md Nor dan Isfadiah Mohd Dasuki , pemenang yang dipilih pada malam itu dinilai berdasarkan kepada tazkirah yang disampaikan serta markah-markah terkumpul setiap minggu.

Berikut merupakan hadiah-hadiah lumayan yang diterima oleh para pemenang.

Juara SOLEHAH – Amie Sofea bt Ahmad


· Sebuah kereta Proton Saga FLX SE tajaan Proton Edar Sdn Bhd.
· Hadiah wang tunai sejumlah RM 30,000.00.
· Pakej Umrah tajaan UQ Holidays (M) Sdn Bhd.
· Perabot sumbangan Jatimas Asia (M) Sdn Bhd bernilai RM10,000.00
· Pakej pakaian dan kelengkapan Umrah bernilai RM1,500.00 sumbangan dari Sri Munawwarah
· Sijil Berdakwah yang diiktiraf  oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir B. Hj. Baharom sebagai pengesahan untuk berdakwah.
· Piala SOLEHAH

Naib juara SOLEHAH - Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22

· Wang tunai bernilai RM20,000.00.
· Pakej Umrah tajaan UQ Holidays (M) Sdn Bhd
· Perabot sumbangan Jatimas Asia (M) Sdn Bhd bernilai RM6,000.00
· Pakej pakaian dan kelengkapan Umrah bernilai RM1,200.00 sumbangan dari Sri Munawwarah
· Sijil Berdakwah yang diiktiraf  oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir B. Hj. Baharom sebagai pengesahan untuk berdakwah.
· Piala SOLEHAH

Tempat ketiga SOLEHAH -  Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24

· Wang tunai bernilai RM10,000.00
· Pakej Umrah tajaan UQ Holidays (M) Sdn Bhd
· Perabot sumbangan Jatimas Asia (M) Sdn Bhd bernilai RM3,000.00
· Pakej pakaian dan kelengkapan Umrah bernilai RM1,000.00 sumbangan dari Sri Munawwarah
· Sijil Berdakwah yang diiktiraf  oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir B. Hj. Baharom sebagai pengesahan untuk berdakwah.
· Piala SOLEHAH

Selain itu, para peserta lain juga diraikan apabila dijangka akan menerima pelbagai hadiah istimewa sumbangan penaja program ini. Tahniah kepada para pemenang dan semua peserta kerana berjaya mengharungi segala cabaran yang diberikan. Semoga ramai lagi SOLEHAH akan dilahirkan untuk membantu menyampaikan ilmu dan berdakwah dengan berkesan kepada masyarakat

nasyidkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...