Ahad, 18 Disember 2011

Tips Memilih Kasut Yang Sesuai.....!


Kaki merupakan anggota yang paling banyak terbeban kerana ia terpaksa menanggung hampir keseluruhan berat badan seseorang. Jangan hanya nak cantik je! Keselesaan dan kesihatan kaki perlu dititik beratkan. Kaki yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan kesakitan pada seluruh badan seperti leher, lutut, belakang badan serta tumit.


Kebanyakan orang tidak tahu memilih kasut yang sesuai dengan kaki sendiri. Ini aku tak nafikan. Dulu aku selalu beli kasut yang hanya cantik dipandangan mata. Masa try kat kedai kasut macam best je, tapi bila bawak balik rumah, langsung tak selesa. Bukankah dah membazir? Mujur kebanyakan koleksi kasut aku harganya cuma sepuluh ringgit.kehkeh. Akhirnya kasut yang sama jugak aku pakai kesana-sini. Sekarang lagi teruk, pakai selipar je senang.haha..


Tahu tak bagaimana caranya memilih kasut yang sesuai dengan kaki korang? Ini tips yang aku jumpa :


  • Beli kasut pada lewat petang kerana kaki kita berada pada saiz sebenar pada waktu itu.
  • Cuba kedua-dua belah kasut dan pastikan korang selesa memakainya. Kaki kanan biasanya lebih besar dari kaki kiri. Belilah kasut yang besar sedikit daripada saiz kaki.
  • Jika ingin beli kasut tertutup, pastikan jari kaki korang dapat digerakkan di dalam kasut.
  • Jari kaki harus selesa ketika korang menyarungkan kasut. Jangan biarkan ia tersepit atau mudah tercabut.

Macam susah jer nak beli kasut pun kena tunggu lewat petang.haha. Belasah jer la bila pun, yang penting selesa dan tak menyakitkan kaki dan hati!

puankutu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...