- Laksam kedah ni berbeza daripada laksam pantai timur sebab kuahnya menggunakan serbuk kari...ala-ala kuah laksa lemak gitu...untuk ulam-ulamnya pula guna pucuk gajus, putat, timun dan hirisan cili padi ...ok lah kalau nak tengok resepi boleh tgk kat bawah ni....Untuk kuah:Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kuning.Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, masak hingga garing.
** ni la rupa laksam sebelum di potong
Bahan2 untuk laksam:
- 2 cawan tepung beras
- 4 cawan air
- 1/2 kilo ikan kembung-direbus, diambil isinya sahaja dan ditumbuk..
- 3 cawan santan
- 2-3 sudu besar serbuk kari ikan
- 1 batang bunga kantan
- 2-3 tangkai daun kesum
- 3 keping asam gelugor
- Garam secukup rasa
- 3 ulas bawang merah-dimayang
- Sedikit minyak untuk menumis
- Pucuk Gajus @ pucuk putat
- TimunKacang panjang
- Cili padiLimau kasturi @ limau nipis
Cara buat laksam:
- Panaskan kukusan.Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak dan kukus sebentar, lebih kurang 1 minit.
- Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak, lebih kurang 3 minit @ sampai adunan nampak mengelembung.., keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
- Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis.
*****ni pulak kuah laksam kedah nii... - Masukkan santan, isi ikan yang telah ditumbuk, asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan, masak hingga mendidih.
- Masukkan garam, Masak lagi sehingga agak pekat. Rasa dan sekiranya ok boleh tutup api..dan bolehla dihidangkan dengan laksam yang telah dipotong bulat dan ulam-ulaman.
mingguini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan