Jumaat, 9 Disember 2011

Petua mengurangkan selsema pada bayi


Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas.Kalau keadaan terlalu teruk, anda terpaksa membawa mereka ke klinik supaya kahak dan lendir tersebut di sedut atau di buang.

Menurut ibu yang pernah mengalaminya, doktor menggunakan gas.Saya kurang pasti sebab tak pernah pula keadaan menjadi seperti begitu. Di farmasi juga ada di jual ubat titik atau drops untuk di titikkan dalam hidung bayi tetapi ia tak boleh di amalkan selalu.

Jadi hari ini saya siarkan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi. Cubalah mana tau ada yang serasi dengan bayi anda :

1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .

2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

3.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Selamat Mencuba,
mysetbersalin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...