Selasa, 13 Disember 2011

“Saya Mahu Jadi Ikon Pertanian” – Rosyam Nor


Kata orang beringatlah sebelum terkena. Bermulalah sebelum berakhir dan inilah yang dilakukan oleh aktor hebat kita Rosyam Nor yang telah melabur hampir RM1 juta bagi projek tanaman nangka madu berkeluasan 40 hektar. Projek ini dilakukan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lanchang, Termeloh.

Rosyam ketika ditemui di program Hari Ladang Bersama Media menyuarakan rasa kecewanya kerana bidang pertanian yang diceburinya pada awalnya dipandang sepi banyak pihak sehingga dia sendiri hampir berputus asa. Tetapi atas galakkan rakan-rakan dia bangkit semula dan terus melabur sehingga ladang usahanya ini semakin menunjukkan kejayaan. Projek yang dimulakan lebih setahun lalu dijangka akan mengeluarkan hasil titik hasilnya penghujung tahun hadapan.

Selain mengusahakan tanaman nangka madu di ladangnya itu, pisang, mangga dan durian belanda turut diusahakan di kawasan yang sama. Dia mahu memberikan motivasi dan sokongannya kepada golongan muda bahawa menceburi bidang pertanian secara bersungguh-sungguh kerana mampu meraih pendapatan lumayan. Walaupun dia berjaya dalam bidang lakonan tidak semestinya tidak mampu berjaya dalam bidang pertanian. Dia akan membuktikan kepada semua pihak, dia juga mampu menjadi petani berjaya walaupun pada asalnya ia bukanlah bidang utama perniagaannya.

Lebih bertuah lagi, Rosyam percaya yang kawasan TKPM Lanchang itu akan menjadi kawasan agro pelancongan dalam tempoh lima tahun lagi memandangkan kemudahan dan infrastruktur di kawasan seluas 3,600 hektar itu telah lengkap tersedia.

Saya mahu jadi ikon pertanian satu hari nanti,” katanya.

Satu usaha yang baik abg Rosyam. Semuga usaha abg Rosyam ini membuahkan kejayaan yang berpanjangan. Kata orang baguslah beringat sebelum kejatuhan. Maklumlah bidang lakonan ni ada pasang surutnya.

-: PERTANIAN MERUPAKAN HASIL TITIL PELUH YANG HALAL. SEMUGA ROSYAM DAPAT MEMBANTU MENJANA EKONOMI PERTANIAN DENGAN JAYANYA DAN MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN LAGI TU. GO ROSYAM!
ohartis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...