Gambar hiasan |
ORANG ARIF TIDAK LUPUT DARI RASA BERHAJAT KEPADA ALLAH S.W.T
DAN TIDAK BERASA SENANG UNTUK BERSANDAR KEPADA SESUATU SELAIN ALLAH S.W.T.
Orang arif mempunyai hati yang sangat halus dan adab sopan
yang sangat tinggi terhadap ALLAH s.w.t. Dia mengenali kurniaan dan kekuasaan ALLAH s.w.t pada nikmat penciptaan dan nikmat kesinambungan kewujudan yang
diciptakan ALLAH s.w.t. Dia mengenali bahawa tiada satu detik pun makhluk
terlepas dari pergantungan kepada ALLAH s.w.t. Tidak ada satu makhluk yang
tidak diheret oleh ketentuan ALLAH s.w.t, sebagaimana firman-Nya:
ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat ( Ayat 2 : Surah al-Ikhlas )
Engkaulah sahaja (Ya ALLAH yang kami sembah, dan kepada
Engkaulah kami memohon pertolongan. ( Ayat 4 : Surah al-Faatihah )
ALLAH s.w.t sahaja
yang memiliki sifat-sifat ketuhanan yang menyebabkan sekalian makhluk berhajat
kepada-Nya tanpa ada pilihan lain, dan kepada-Nya juga ditujukan semua ibadat.
Apabila Dia menciptakan makhluk ditegakkan hukum ubudiyah kepada mereka. Dia
berfirman:
Kemudian Ia menujukan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan)
langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan
kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela
atau dengan paksa!” Kedua-duanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh
dengan sukarela”. ( Ayat 11 : Surah
Fussilat )
Langit dan bumi diciptakan
oleh ALLAH s.w.t. Mereka dapat mendengar wahyu ALLAH s.w.t, dapat menjawab dan
berbuat taat kepada-Nya. Begitu juga hati para arifbillah. Mereka sentiasa
mendengar ucapan ALLAH s.w.t, membalas ucapan-Nya dan taat kepada-Nya. ALLAH s.w.t berucap tanpa bahasa dan hati mendengar tanpa telinga dan menjawab tanpa
lisan. Begitulah hubungan hati para arifbillah. Mereka tidak lekang dari sifat
keaslian mereka iaitu berhajat kepada ALLAH s.w.t, memohon petunjuk dari-Nya
dan mentaati-Nya sepenuhnya. Tidak ada lagi hajat keperluan mereka kepada
makhluk.
Al-Quran menceritakan
sifat para hamba yang mengenal Allah s.w.t. Mereka sentiasa menyatakan hajat
dan pergantungan kepada-Nya. Mereka memohon pertolongan dan perlindungan-Nya
daripada musuh-musuh mereka.
Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada ALLAH (dari perbuatan
yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya;
sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”. ( Ayat 23 : Surah
Yusuf )
Dan (setelah mendengar ancaman itu) Nabi Musa berkata:
“Sesungguhnya aku berlindung kepada ALLAH Tuhanku dan Tuhan kamu - dari (angkara) tiap-tiap orang yang sombong
takbur, yang tidak beriman kepada hari hitungan amal!” ( Ayat 27 : Surah Mu’min
)
ALLAH s.w.t mengajarkan agar manusia mohon berlindung
kepada-Nya daripada musuh-musuh mereka terutamanya syaitan yang sentiasa
mengintai peluang untuk mengheret manusia kepada kesesatan.
Dan katakan: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari
hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya
syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”.
( Ayat 97 & 98 : Surah al-Mu’minuun )
http://alhikam0.tripod.com/hikam113.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan