Quad Al, pemegang rekod Guiness kereta
dengan enjin piston paling berkuasa. Ia dilengkapi empat buah enjin V12
kapal terbang Allison (enjin pesawat pejuang P-51D Mustang Perang Dunia
Kedua) dengan kuasa gabungan 12 0000 kuasa kuda! Quad Al dibina oleh Jim
Lytlepada tahun 1965. Pembinaan kereta dengan 8 buah tayar ini terhenti
selepas Jim mengalami masalah kekurangan dana.
Beliau terpaksa menjual kereta seberat
3175 kilogram ini kepada seorang pelagak ngeri bernama Tex Collins.
Sebelum sempat kenderaan ini disiapkan, Tex ditembak mati. Balu beliau
menjual Quad enjin-enjin Quad Al dan akibatnya hanya rangka kereta ini
sahaja yang masih wujud sekarang. Sungguhpun begitu beberapa orang
peminat modifikasi di California cuba untuk menyiapkan Quad Al. Seperti
Jim Lytle mereka juga menghadapi masalah kewangan dan kesukaran mencari
enjin kapal terbang Allison yang kali terakhir dibuat pada tahun 1947!
Laporan asal DragRacingOnline/ pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan