PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku
hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa
tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan
Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa
dihebohkan kepada pihak media.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk
Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini
sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang
diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.
Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua
, 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.
Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan
pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua
sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan
secara rasmi.
Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan
rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa
Zainal Abidin, secara senyap.
Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar
namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya
sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke
kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.
mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan