3 minggu lepas, aku berpeluang melawat
ke restoran Pelukis Terkenal yang mendapat perhatian dari dalam dan luar
negara iaitu Amanda Zulkifli bersempena dengan lawatan blogger Fam
Trips untuk Naturally Langkawi. Apa yang membuatkan aku rasa specialnya
sebab lukisan Amanda adalah original daripada minuman coffee dan
hasilnya sangat superb!
Lama aku tenung dan hayati karya dari
Amanda. SubhanaAllah! Salah satu bakat yang hanya 1 dalam sejuta orang
yang mampu memiliki dan anak Malaysia ni mengorak langkah dengan lebih
jauh hanya dari minuman coffee. Kagum dan terharu sebab dapat jumpa
depan-depan selain tengok karya Amanda dari dekat.
Menurut Amanda, Lukisan yang siap
mencecah Rm3k++ bergantung kepada masa dan saiz yang diingini. Bukan
mudah nak siapkan melainkan hanya dengan kekuatan kesabaran dan
motivasi. Salute dengan Amanda!
Untuk siapkan 1 lukisan ni mengambil
masa selama 4 hari dan gambar yang dihasilkan dengan coffee ni
bergantung kepada jenis coffee yang digunakan. Agak banyak penerangan
dari Amanda tentang coffee. Tak sangka kan, dari coffee yang selalu aku
minum kat coffee bean boleh buat lukisan.
Gambar – gambar ini aku ambik dari facebook dan jugak blog Amanda
yang mana kalau korang tengok sekeping mesti rasa nak tengok lagi hasil
lukisan coffee ni. Bagi peminat seni, korang patut singgah kat restoran
Amanda baru dapat feel dengan lebih dekat.
Satu-satunya Coffee Painter di Malaysia, Amanda Zulkifli.
http://penmerah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan