Khamis, 6 Mac 2014

Keindahan Masjid Terbesar Di JERMAN

Cologne Central Mosque ialah masjid terbesar di Jerman yang mampu memuatkan 4000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini mempunyai sejarah pembinaan dan rekaan yang menarik. Pada tahun 2008 apabila permohonan membina masjid ini diumumkan ia menerima tentangan dari pihak Neo Nazi yang menganggap adalah tidak wajar sebuah masjid orang Islam dibina di tengah kota Cologne. Pada pendapat mereka masjid tebesar di Jerman tidak boleh dibina di dalam bandar yang majoriti penduduknya Kristian. Tentangan juga diberikan terhadap pembinaan 2 menara masjid setinggi 55 meter ini kerana dianggap mahu menyaingi ketinggian 2 menara pada Katedral Cologne (yang berketingian 157 meter). 


Dato Bandar Cologne meluluskan pembiaan Cologne Central Mosque dengan menggunakan alasan umat Islam mempunyai hak asasi manusia bersolat di dalam masjid milik mereka. Masjid ini unik kerana rekaannya yang tidak konvensional. Jika anda lihat masjid ini kelihatan berlapis - lapis dengan banyak permukaan kaca. Ini diinspirasikan oleh rekaan masjid Ottoman di Turki yang mempunyai banyak kubah. Arkitek yang merekanya pula adalah Paul Böhm, arkitek yang terkenal dengan rekaan gerejanya!
 
Majoriti kos pembinaan masjid ini dibiayai oleh kerajaan Turki dan juga derma dari masyarakat seluruh Jerman. Dana juga dikumpul oleh Gereja Katolik St. Theodore sebagai tanda solidari dengan hak bebas beragama di Jerman. 
Sungguhpun sudah siap dibina masjid ini masih menghadapi pelbagai masalah. Bulan ini sahaja ia sudah diserang sebanyak 3 kali oleh pihak Neo Nazi. 
So at the end of the day apa yang kita boleh pelajari dari cerita pembinaan Colone Central Mosque?
  
 

Laporan asak Wikipedia/ pen patah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...